* TRAUMA*
Dia baru pulang dari sekolah dari basnya semasa dia Nampak beberapa buah kereta polis tersusun di hadapan rumahnya. Dalam keadaan bingungnya dia perlahan-lahan dekati kumpulan pegawai polis yang berdiri di situ bercakap sesama mereka atau berbisik dengan riak serius mereka.
"Apa yang dah berlaku Rain?"tanya Noah di sebelah Zen waktu itu. Sama seperti Rain mereka juga kebingungan.
"Ramainya polis?"gumam Zen sendiri.
"Aku tak tahu.."geleng Rain semasa dia nampak pintu rumah terbuka lalu muncul papa dia dengan wajah devasted dan basah dengan air mata.
Dari situ dia dah tahu apa yang berlaku!
Sesuatu yang dia fikir takkan pernah terjadi akhirnya terjadi juga!
Serta merta air mata bergenangan di empangannya. Rain jatuhkan beg latihan bola sepaknya lalu berlari ke arah Encik Hill di pintu masuk itu.
Tak!
Tak mungkin!
"Papa mana Reeya?"tanya Rain memegang lengan ayahnya itu.
Encik Hill pandang wajah Rain saat air mata turun ke pipi dengan deras. Kemunculan Rain di situ telah menyebabkan lelaki itu jatuh terduduk ke bawah dan menangis teresak-esak dalam keadaan tidak berdaya.
"Papa!Apa yang dah berlaku?Mana Reeya?"panggil Rain cuba mencari jawapan mengenai adik perempuannya. Jantung di dalam tulang rusuk menghentak kuat ibarat mahu meledak waktu itu juga.
Lantas pegawai polis yang berdiri di hadapan remaja berusia 15 tahun itu bersuara.
"Mama kamu, Puan Tiana telah menculik adik kamu dari sekolahnya siang tadi. Di bawah pengaruh dadah dan alcohol dia juga telah memandu dalam keadaan berbahaya hingga menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas melanggar pembahagi jalan raya. Adik kamu Reeya tercampak dari kenderaan dan kini dalam keadaan kritikal. Puan Tiana meninggal dunia di tempat kejadian.."
Menggigil seluruh badan Rain waktu itu. Nafasnya naik turun hendak di serang panik. Wajah menakutkan mama dia terus muncul di depan mata. Wajah yang selalu buatkan badan dia berlebam dan berluka!
Ya!
Papa mereka cuba selamatkan mereka dari mama mereka yang abusive dan drug addict itu. Tapi tanpa di duga mama mereka berjaya temui mereka di tempat baru mereka di situ! Kenapa semua ni berlaku! Kenapa mesti Reeya! Adik dia telah hadap cukup dengan perbuatan mama mereka itu. Kenapa!
"Tak!Papa semua ni tak betulkan?Reeya dia tak apa-apa kan!"nangis Rain sewaktu melutut di depan Encik Hill. Dia goncang badan itu. "Reeya tak apa-apa kan!Papa beritahu!!!!"
"Maafkan papa Rain. Salah papa sebab datang lambat ke sekolah Reeya. Papa patut datang awal. Kalau tidak semua ni takkan berlaku.."nangis Encik Hill dengan tersedu-sedu kuat.
Rain cengkam rambutnya sebelum menjerit sekuat hatinya di situ. Dia berlari hendak pergi Namun pegawai polis di situ sempat menangkap badannya dan menjatuhkanya ke atas rumput laman rumah tu. "Lepaskan aku!REEYA!!!!!ARGHHHH!!!!!!!!"
Hal itu telah menyebabkan Noah dan Zen berlari mendapatkan rakan baik mereka itu untuk di bantu.
"Rain berhenti!"minta Zen.
"TAK!ZEN!NOAH!Adik aku!!Adik aku!!!!!"nangis Rain semasa meronta dalam cengkaman polis-polis di situ. "Aku nak tengok dia!lepaskan aku!!!!"
Kalau bukan disebabkan bantuan ayah Zen dan Noah, keluarganya tidak akan dapat menempuhi semua yang terjadi dalam hidup mereka dengan mudah. Ayah Zen seorang peguam pada masa itu. Mempunyai firma persendirian. Dan Ayah Noah adalah seorang doktor pakar di hospital private milik lelaki itu. Atas jasa mereka, nasib mereka terbela dan nyawa Reeya terselamat.
Hanya Tuhan sahaja dapat membalas segala kebaikan yang dibuat oleh kedua-dua buah keluarga itu. Dan Rain tahu ucapan terima kasih takkan pernah cukup untuk kebaikan yang mereka berikan kepada Reeya selama ini.
Sewaktu kecil Rain dan Reeya selalu ditinggalkan oleh Encik Hill kerana lelaki itu sering outstation. Jadi yang menjaga Rain dan Reeya adalah ibu mereka. Mulanya normal seperti kehidupan orang lain. Namun semuanya berubah selepas Reeya dan Rain masing-masing berusia 8-6 tahun.
Ibu mereka terlibat dengan aktiviti menagih dan alcohol yang sangat serius. Hingga menjadi ganas dan tidak rasional. Sewaktu Encik Hill ada dirumah Puan Tiana akan berkelakuan seperti isteri yang baik. Tapi bila Encik Hill keluar kerja, Rain dan Reeya sering menjadi mangsa dera wanita itu.
Sehinggalah mereka menginjak usia 10-8 tahun. Perbuatan Puan Tiana ketahuan apabila Encik Hill diberitahu pihak sekolah bila mengesan kesan lebam dan luka di badan anak-anaknya. Encik Hill diberitahu dengan Rain sendiri mengenai perbuatan kejam ibu mereka selama ini.
Sejak itu Encik Hill dan Puan Tiana selalu bertengkar dan bergaduh.
Bermula dari kejadian itu Rain dan Reeya selalu bawa diri ke taman permainan berdekatan dengan rumah mereka. Dan di situ mereka menemui Noah dan Zen. Sejak itu mereka bersahabat baik. Kalau Encik Hill tiada di rumah, kediaman keluarga Zen dan Noah tempat Reeya dan Rain berteduh.
Dianggap seperti keluarga sendiri, ibubapa Noah dan Zen menjaga Reeya dan Rain dengan baik. Sampailah kejadian tu berlaku.
Puan Tiana diceraikan oleh Encik Hill. Diberi perintah makamah supaya jauh dari Reeya dan Rain. Tapi wanita itu tetap berdegil. Dia mencari Reeya dan Rain tanpa putus asa hingga menyebabkan Ibubapa Zen masuk campur untuk urusan pemindahan Reeya dan Rain.
Mereka fikir semuanya akan baik-baik saja.
Mereka fikir Puan Tiana tidak akan memburu Reeya dan Rain lagi.
Rupa-rupanya tidak....
Jam sudah masuk 12 malam.
Lampu bilik masih menyala di situ.
Dan tidak lama kemudian ia gelap sebelum seseorang keluar dari situ untuk gerak ke pintu bilik bersebelahan. Dengan senyap tanpa sebarang bunyi, pintu bilik tersebut di buka ke dalam sebelum satu susuk tubuh masuk ke dalam bilik yang hanya sama diterangi dengan lampu night stand di sebelah katil.
Selangkah demi selangkah kaki itu mendekat sebelum satu tangan muncul cari atas lalu hinggap menyelak anak rambut yang menutupi tepi wajah tu ke belakang telinga dengan perlahan. Rain tenung lama wajah Reeya yang sedang baring mengiring di atas katil waktu itu. Wajah yang saling tidak tumpah seperti ibu mereka berdua.
Ini la rutin Rain sepanjang beberapa tahun ini. Rutin yang tiada siapa pernah tahu telah buatkan dia takut setiap kali hendak memejamkan mata.
Rain tak lena tidur membayangkan kalau Reeya hilang dari tempat tidur.
Jadi dia sentiasa datang untuk melihat Reeya memastikan adiknya tak apa-apa.
Freak?
Gelarlah dia apa-apa.
Kalau orang lain berada di tempat dia, hidup dan jalani kehidupan yang dia pernah jalani mungkin akan faham, betapa traumanya dia. Walaupun sudah bertahan lama ibu mereka meninggal dunia, semua memori ngeri dan menakutkan masih menghantui Rain.
Hanya Noah dan Zen sahaja yang tahu apa yang Rain hadapi.
Tidak Reeya. Tidak keluarga Rain.
Sebab itu Noah dan Zen tinggal bersama dengan mereka.
Rain berada di situ demi Reeya.
Sementara Noah dan Zen berada di situ untuk Rain.
Dan selagi boleh simpan, maka Rain akan simpan rahsia ini sehingga akhir hayat demi melindungi Reeya dari terluka dengan insiden ngeri sewaktu mereka kecil.
Perlahan-lahan Rain tunduk ke bawah, dia memberi kucupan lembut di tepi dahi Reeya dengan mata terpejam. Perbualannya dengan Keith siang tadi buatkan dada dia berdegup kencang penuh kerisauan.
"Tolong. Jangan beritahu Reeya hal sebenar. Aku tak sanggup dia terluka lagi dengan kisah silam kami berdua.."rayunya semasa melutut di depan Keith waktu itu atas lantai Starbucks itu.
"Apa aku dapat kalau aku buat macam tu?"tanya Keith dengan dingin.
Perlahan-lahan Rain mengangkat kepalanya. Memandang Keith dalam keadaan mengepal penumbuk.
"Manusia jenis apa kau ni hah! dah tak ada otak nak fikir ke!? Rain rahsiakan hal sebenar untuk lindungi Reeya!"deram Zen.
"Aku tak janji."beritahu Keith. "Melainkan kau orang janji dekat aku dulu."
"Janji apa!?"tanya Noah.
"Izinkan aku dekati Reeya tanpa dihalang. Berhenti buatkan Reeya curiga pada aku. Dan sebagai balasan aku takkan dedahkan hal sebenar pada Reeya...."cadang Keith.
End of flashbacks
Share this novel