15.

Romance Completed 9302

*NOTEPAD WAR*

Pintu pejabat pensyarah terbuka luas sebelum beberapa orang pensyarah berjalan masuk ke dalam ruangan mereka dengan mulut ternganga. Tergamam melihat segala benda dan dinding dalam ruangan mereka penuh dengan tisu tandas berwarna kuning terang, cair dan lemon. Sampaikan cermin tingkap pun tertampal dengan kertas tersebut. Semua mulut di situ ternganga kerana terkejut.

       "Oh god...what happen?"soal seorang pensyarah wanita saat meminjak lantai yang turut di lekatkan dengan tisu tandas yang sudah basah dengan kesan cat air.

Miss Luisa yang lihat memandang sekeliling sebelum berjalan keluar dari ruangan itu. Sepanjang koridor hendak ke pejabat pensyarah bersih.

Tapi bila sampai sahaja di koridor lalu lalang pelajar, wanita itu terkejut. Dia melihat seluruh ruang di koridor di situ dari dinding, pintu masuk koridor, dan lokar di tampal dengan tisu tandas berwarna warni. Ada yang ditampal membentuk rupa Miss Luisa sendiri, ada juga yang membentuk tulisan seperti Rule Not For Everyone! Beberapa imej haiwan laut dan bentuk mata, dan ukiran rambang mewarnai koridor tersebut.

Pelajar-pelajar yang berada di situ memandang kagum di atas hasil kerja sesiapa saja yang lakukan hal itu. Ada yang mengambil beberapa gambar di depan tampalan berbentuk muka beberapa pensyarah di situ.

         "Cukup! Masuk ke kelas kamu semua sebelum setiap seorang dikenakan surat saman."arah Miss Luisa yang menghalau para pelajar yang sibuk mengerumuni setiap koridor yang di laluinya.

Bangunan utama itu mempunyai lima tingkat. Dan setiap koridor di tingkat tersebut di tampal dengan tisu tandas bercat air itu. Disebabkan bangunan utama itu di huni para pensyarah dan dekan, hal itu seperti saja hendak mengapi-apikan pensyarah dan dekan untuk marah dan sakit hati gara-gara peraturan mereka sendiri.

        Tiba-tiba langkah Miss Luisa berhenti tepat di depan kumpulan pelajar yang sedang ketawa meneliti tampalan nota pad di lokar mereka. "Tak dengar ke?Masuk kelas kamu sekarang juga!"tegas wanita itu sambil mencekak pinggang.

Pelajar-pelajar di situ berlalu dari situ dengan segera. Miss Luisa yang lihat berdiri menghadap lokar di situ untuk lihat apa yang digelakkan mereka. Sekali dia baca setiap huruf yang berada di pintu lokar itu matanya terus terjegil bulat.

G.O. T.O. H.E.L.L

Dengan segera Miss Luisa mencapai telefon dalam poket kot yang dipakainya. Nama Robert. Pengawal keselamatan kolej di sentuh pada skrin sebelum di bawa ke telinga.

            "Hello Robert! Dapatkan saya rakaman CCTV lewat malam tadi. Saya nak tahu siapa yang masuk ke bangunan Utama fakulti...saya nak tahu pelakunya sekarang juga!"arah Miss Luisa dengan berang. Tidak dapat menerima semua ini kerana dia adalah dekan kolej ini. Apa kata orang luar nanti kalau mereka tahu yang dia tak dapat uruskan kolej ini dengan baik

*****************

Di bilik rakaman CCTV, Robert yang beruniform serba hitam itu berdiri memandang skrin dengan telefon melekap di telinga. Dia berpaling menghadap pintu bilik tersebut sambil mencekak pinggang.

         "Puan...bukan saya tak nak bagi.. tapi..serius saya cakap. Rakaman video tu tak ada"jawab Robert sambil memandang orang yang sedang berdiri di depannya dengan takut. Tapi dia sedaya upaya kedengaran tak ada apa-apa. Kedua-dua tangannya kejung di samping.

         "Apa maksud kamu tak ada pulak??" tempelak Miss Luisa dalam panggilan.

          "CCTV tidak berfungsi dengan baik malam tadi sebab ada sesi baik pulih pada sistem. Sebab itulah..."jawab Robert sebelum orang yang berda di depannya perlahan-lahan menjarakkan telefon dari telinga."Puan?Puan Lui..."panggilan itu kemudiannya diputuskan begitu sahaja.

Peluh dingin merintik di sekitar dahi Robert. Sebenarnya waktu itu, pengawal keselamatan tu telah dijadikan tebusan sendirian dalam bilik sekuritinya dengan orang di hadapannya. Oleh kerana takut hilang pekerjaannya, dia terpaksa menurut.

           "To-tolong jangan buang saya dari kerja ni."minta Robert dengan perlahan. Serius dia tak tahu apa yang berlaku. Awal tadi masa dia masuk kerja orang ni sudahpun berdiri di depan pintu bilik sekuriti ni.

Tak sempat nak buat apa-apa, dia di heret masuk kemudian di ugut. Orang tu suruh dia padam semua rekod rakaman CCTV di semua bahagian bangunan tanpa meninggalkan sebarang back up. Yang mana Robert turutkan serta merta tanpa berlengah. Dah la orangnya menakutkan, mana tak terketar tulang lutut!

            "Ingat...Kalau hal ini ketahuan, kau adalah orang pertama yang akan dipecat dari sini." arah orang yang berdiri di depan Robert saat itu dengan telefon lelaki tu.

             "Ba-baik.."angguk Robert terketar-ketar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience