*KENANGAN LAMA *
7 tahun yang lalu....
"Keith!Keith!Bukak pintu ni sekarang!"teriak Reeya berusia 12 tahun waktu itu. Hujan lebat pada waktu itu memburukkan lagi keadaan. Menenggelamkan bunyi ketukan pintu dan teriakannya waktu itu.
BAM!
BAM!
Pintu itu di tumbuk dengan kuat hingga menyebabkan pagar yang memagari pintu di situ ikut bergegar kerananya.
Barulah pintu rumah banglo dua tingkat itu terbuka. Muncul seorang remaja lelaki bertubuh gempal tergesa-gesa membuka pintu pagar itu.
"Kenapa ni Reeya?"tanya Keith sewaktu buka pintu pagar itu keluar sebelum Reeya menerpa tubuhnya dan memeluk erat sekeliling bahunya. Secara instinct dia turut membalas pelukan itu. "Ada apa ni Reeya?Kenapa awak berhujan macam ni?"
Dalam keadaan menggigil dan teresak-esak Reeya cengkam kuat baju Keith waktu itu. Memandang wajah teman lelakinya. "Tolong saya. Bawa saya pergi dari sini Keith...saya tak nak tinggal dengan ibu bapa saya. Tolong Keith..saya merayu!Bawa saya pergi dari sini."cemas Reeya di situ memegang bahu dan lengan Keith dalam keadaan kelam kabut.
Keith yang tidak faham dengan apa yang berlaku tekap muka basah dan pucat Reeya dengan kening berkerut. Dia jadi takut sendiri dengan tingkah Reeya. "Apa yang berlaku?Reeya...cuba bertenang dulu.."
Reeya menggeleng kepala sebelum menyembam wajahnya ke dada Keith dan meraung sekuat hati. "Mama dan papa saya dah berpisah, mereka mahukan saya...tapi saya nak dengan awak. Tolong saya Keith... jangan biarkan mereka bawa saya pergi dari sini. Saya tak nak ikut sesiapa!Saya nak bersama dengan awak..."putih tidak berdarah tangan Reeya yang memeluk erat sekeliling bahu Keith waktu itu.
Keith balas pelukan Reeya saat memandang cemas sekeliling rumahnya. Hujan lebat yang turun waktu itu buatkan suara Reeya tenggelam timbul dari pelukan itu.
Dan pada masa itulah sebuah kereta di parkir depan pintu masuk pagar rumah Keith. Dengan serentak kedua-dua kepala itu berpaling ke arah kereta dimana tiga lelaki berjalan masuk ke perkarangan rumah.
"Reeya Summer!"panggil dengan berang akan lelaki berarak mendekati pintu masuk rumah itu.
Melompat terkejut Reeya dan Keith di situ. Mereka berdua dengan serentak memandang ke arah papa Reeya.
"No...no..please papa...Reeya tak nak!Jangan bawa Reeya pergi!"geleng Reeya dengan sedih saat bergerak menyorok di belakang Keith.
"Apa kamu fikir hah?Lari dari rumah begitu sahaja! Tak berkasut macam perempuan gila!" bentak Encik Hill . Dengan langkah yang berang lelaki itu naik mendaki tangga lalu berdiri melangit depan Keith bersama dua orang pengawal keselamatan di belakang.
Reeya mengecilkan badan di belakang Keith. Memegang kuat tangan Keith seperti hanya itu sahaja yang dapat membantu dia!
" Ikut papa sekarang juga! Jangan nak buat hal!"arah Encik Hill dengan tegas, membuatkan Keith maju ke depan.
"Maaf tuan...tuan tak boleh bawa dia pergi. Tuan tak dengar ke Reeya kata dia tak nak..."bantah Keith.
Mata Encik Hill terarah pada Keith dengan renungan tajam. "Bukan urusan kamu anak muda. Uncle ayah dia.... sebagai penjaga sah uncle ada hak pada dia..sekiranya kamu tak nak berakhir di penjara baik ketepi!" Encik Hill memberi isyarat pada dua pengawal keselamatan yang ada di belakang supaya mengetepikan Keith.
"Papa please Reeya tak nak...jangan bawa Reeya pergi!"nangis Reeya dengan sedih. Dia mahukan bersama dengan Keith. Kenapa papanya buat dia begini. "KEITH!!!!"teriak Reeya saat di heret pergi dari situ. Wajah berpipi tembam itu di pandang Reeya buat kali terakhir dengan linangan air mata sebelum dirinya di paksa masuk ke dalam kereta.
End of flashbacks
SLAP!
Satu tamparan hinggap di pipi Keith apabila dirinya di tolak ke belakang dengan Reeya.
"Awak dah gila ke!"bentak Reeya tersandar pada kereta itu saat memandang berang wajah Keith di depannya waktu itu. Bibirnya di ketap beberapa kali hendak hilangkan rasa kesan kucupan tadi.
Sambil memegang pipinya yang sakit, Keith perlahan-lahan mengangkat mata. Memandang wajah marah Reeya. Giginya di ketap erat.
"Berani-berani awak kiss saya!Siapa awak nak sentuh saya tanpa kebenaran!Dah hilang akal sangat ke!"air mata bergenangan di tubir itu. Reeya begitu terkejut dengan apa yang baru terjadi tadi.
"Kau yang paksa aku!"beritahu Keith menurunkan tangannya dari pipi. Dia dekati Reeya semula. Lengan gadis itu dicengkam. "Masuk dalam kereta sekarang."desak Keith lagi. Dia cuba tolak Reeya masuk ke seat sebelah pemandu itu.
Masih enggan, Reeya tumbuk-tumbuk sekitar dada dan tangan lelaki itu. Tidak mahu Keith mendekatinya.
"Apa yang awak tak faham ni?Saya kata saya tak nak!Saya tak nak la! Tolong jauhkan diri awak dari saya Keith. Apa awak nak dari saya!Berhenti hantui saya macam ni!"
Dengan erat Keith ketap giginya. Dia pandang wajah merah padma Reeya dengan dada sebu mahu menjerit di depan muka gadis yang sudah 7 tahun dia cuba dapatkan. Dan bila ada di depan mata, hendak di sentuh apa lagi di dekati pun susah!
"Memang aku tak faham!Aku tak faham kenapa kau macam ni Reeya!"luahnya dengan bengang. "Apa yang dah berlaku pada kau!?"
Terkedu Reeya bila Keith berkata begitu. Dia tenung wajah marah itu sebelum terpandang akan air mata yang bergenangan di situ. Kenapa Keith menangis?Apa sebenarnya yang Keith mahukan dari dia?Memangnya apa urusan Keith kalau dia berhenti belajar dan pergi dari sini?
"Apa yang awak cakapkan ni?Hah?Apa yang awak marahkan sangat pada saya? Apa salah saya pada awak?"Reeya pandang Keith tanpa berkedip. Nafasnya naik turun dengan deras. Kepalanya tiba-tiba berdenyut sakit.
Bibir Keith menggigil kuat saat lelaki itu pandang terkilan dengan kata-kata Reeya itu. Dia mahu jelaskan segalanya kepada Reeya. Tapi Keith tahu ianya tidak semudah itu. Sekalipun dia ceritakan semuanya, Reeya tidak akan mungkin percayakan dia.
"Boleh tak kau berhenti berpura-pura macam kau tak tahu apa yang aku tengah cakapkan ni?"
Keluhan tak percaya lepas dari Reeya.
"Serius Keith. Saya betul-betul tak faham "dia begitu bingung saat itu. Tindak tanduk misteri Keith semakin lama semakin membuatkan dia keliru.
Keith berdiri di situ memandang Reeya tidak tahu hendak menjawab soalan itu. Dengan erat jari jemarinya dikepal berang. Pandangannya terarah pada jalan tar di bawah kaki. Keningnya berkerut-kerut dalam dilemma. "Sebab kau adalah Reeya."jawabnya dengan air mata turun ke pipi.
"Mungkin kau tak ingat aku...tapi aku sentiasa ingat pada kau."
Reeya terkedu. Wajahnya menjadi pucat lesi kerana ucapan Keith. Dia tak ingat?Apa maksud Keith?
"Memangnya kita pernah berkenalan ke sebelum ni?"soalnya dengan takut. Serius dia memang tiada sebarang ingatan mengenai Keith apalagi memori bersama dengan Keith. Kenapa lelaki depannya berkata begitu?
Terpejam mata Keith dibuatnya. Buatkan air mata sekali lagi mengalir turun ke pipinya. Dan bila dia buka mata semula, Keith terbayangkan wajah Reeya sewaktu remaja sedang tersenyum kepada dia waktu itu. Dan bila dia mengedipkan semula mata, riak wajah dingin dan marah Reeya menyentak dirinya ke dunia realiti.
Bersama perasaan sebak di dadanya, Keith menggeleng kepala.
"Kenapa kau macam ni Reeya?"
"Apa yang kenapa?Saya tak faham Keith. Jujur saya beritahu...saya tak faham."
Lantas Keith tersenyum sedih.
"Fine. Kalau kau tak nak ikut aku, jangan masuk kolej sampai waktu kelas mula. Aku akan bersihkan semua sepah yang kau buat tadi."beritahu Keith semasa menutup pintu kereta yang dibuka tadi.
Terpinga-pinga tidak faham, Reeya diam di tepi kereta tu. Dia perhatikan saja Keith berjalan keliling kereta untuk ke seat pemandu dan masuk ke dalam kenderaan tersebut.
Vroom!
Enjin kenderaan itu buatkan Reeya melompat terkejut menjauhkan diri.
Share this novel