*MASA LAMPAU*
Geram-geram pintu lokar itu di tutup setelah buku teks untuk kelas seterusnya di ambil oleh Reeya.
Serius! Apa masalah Keith tu!
Gadis itu baru sahaja berpaling hendak berjalan tersentak apabila melihat tiga lelaki lampai jalan ke arahnya dengan derap langkah seperti mahu menginjak kepala sesiapa yang menghalang laluan mereka. Terutama sekali lelaki merenung ke arahnya dengan renungan membunuh.
Oo!Oo!
Lupa pulak pasal yang satu ni!
"Where the f*ck have you been?"tanya Rain dengan keras saat dia jalan mendekat lalu merentap lengan atas kanan Reeya dengan kuat ke arahnya. "Kau tak reti ke nak jawab call atau balas mesej aku?"
Tidak bergerak dari situ, Reeya hanya diam di situ memandang wajah tegang Rain. Ni lagi seorang!
Serius tak kira berapa kali dia pandang muka abangnya ini tiada secebis ingatan yang tersisa dalam kepalanya dia mengenai kehidupan masa kecilnya bersama Rain. Buatkan dia tertanya-tanya. Betul ke Rain ini abang dia!?
"I'm worry sick of you Reeya!Macam mana kalau sesuatu berlaku pada kau?"Rain goncang lengan Reeya yang dicengkam itu.
Noah dan Zen di situ tidak masuk campur.
"I'm fine Rain."renggus Reeya menarik lengannya dari cengkaman itu. Tali begnya di bawa naik ke bahu selepas itu. Kalau dia lupa tentang zaman kanak-kanak dia, itu bermakna pasti dia telah lupa orang yang dia sayang dan pernah suka pada waktu yang sama.
Kening Rain mencerlung marah. Dia pegang bawah dagu Reeya lalu di tilik wajah itu dengan kasar. "Kenapa dengan kau?"bila dia perasan mata Reeya kelihatan sembab dan merah, kening itu semakin mencerun tajam. "Kau menangis?"
Ya. Menangis sebab tertekan hendak ingatkan semula memori yang hilang. "Mana ada."Tidak kuasa hendak bertekak mahupun cipta scene di koridor yang sibuk dengan pelajar lalu lalang di situ, Reeya gerakkan kepalanya ke tepi untuk bebas dari cengkaman di dagunya itu. "Aku tak apa-apalah.."
Zen yang mendiamkan diri sejak tadi perasan ada yang tak kena pada Reeya. Adakah pelan Reeya gagal lagi?
"Reeya...mana kau dah pergi?Aku tengok kau dah tak ada dalam bilik awal pagi tadi...call tak angkat. Mesej tak reply!"
"Kau nak apa cari aku?Macam la tak dapat jumpa aku langsung.."Reeya sandar di lokar itu. Menghadap tiga orang lelaki yang sedang mengelilinginya waktu itu. Tangannya di silang ke dada.
"Aku dapat tahu bilik persalinan pasukan ragbi kena prank. Dia orang tuduh kumpulan aku untuk tu. Teringat kau yang suka cari pasal...aku cuba cari kau..nak tamya pasal ni..."tanya Rain dengan mimik muka orang marah tapi kedengaran risau yang amat sangat. "Kau cuba buat hal lagi ya?"
Imbasan wajah marah Keith serta merta terlintas di depan matanya. Aish!Semuanya salah Keith dia jadi begini! Apa maksud Keith tu!?Dia pura-pura?Pura-pura apa?
Reeya pandang ke arah lain.
"Aku keluar awal pagi tadi lepas jogging...tak balik rumah, aku terus ke sini.."jawab Reeya dengan mendatar. Dia masih tidak habis fikir, perkara penting apalagi yang ingatan dia telah hilang?
Zen mencekak pinggang sebelah tangan saat tangan sebelah lagi menguak rambutnya ke belakang. "Habis tu tak boleh nak jawab call...takpun sekurang-kurangnya beritahulah kau ada dekat mana?"keluhnya.
Reeya diam.
"Sudah la tu kau orang. Reeya tak apa-apa kan. Jangan desak dia macam ni."beritahu Noah kerana risau melihat wajah mendung Reeya waktu itu. Kasihan pulak kalau diasak begini.
Mata Reeya gerak ke Noah. Dia pandang akan Noah sebelum ke Zen lalu berhenti ke Rain.
"Sorry..."Reeya memandang setiap seorang di situ dengan renungan mencerun. Membuatkan Rain, Noah dan Zen berkerut kening. Dia diberitahu mereka bertiga adalah sahabat sejak kecil. Bertemu di sekolah rendah sehingga la sekarang. Tapi dia tidak ada ingatan langsung mengenai mereka berdua. "Aku tak tahu kenapa dengan aku kebelakangan ni"beritahunya. Adakah Rain dan papa dia telah merahsiakan sesuatu dari dia?Dan tidak menceritakan segalanya dari awal?
"Kenapa?Kepala kau sakit lagi?"tanya Rain terus lupa marahnya.
Reeya menggeleng kepala. Kalau boleh dah lama dia hentak kepala ni supaya berfungsi semula.
"Tak ada apa-apa." secara automatik dan tanpa sedarnya, dia yang terasa hendak menangis lagi tu mendekati Rain lalu menyandarkan dahi ke dada itu. Haih! Kenapa Keith marah sangat? Kedua-dua tangannya tergantung di sisi. Membuatkan Rain kaku berdiri memandang ke depan.
Noah dan Zen di situ memandang Rain dan antara satu sama lain. Memberi isyarat risau bila Reeya begitu.
"Hey sis...kau kenapa ni?"soal Rain saat memegang kedua belah bahu Reeya, menjarakkan badan itu dari badannya supaya dia dapat lihat wajah adiknya. "Ada orang kacau kau ke?Budak lelaki hari tu?"kening kirinya terjungkit.
Reeya dongak memandang Rain lalu menggeleng kepala. Bukan Keith yang menganggu dia. Tetapi diri dia sendiri. Reeya tidak tahu hendak jelaskannya dengan ayat kerana dia sendiri tidak faham. Sejak kemalangan yang menimpa sewaktu dia berusia 13 tahun lalu sejak itu dia tak faham dirinya sendiri.
Kemalangan itu telah menyebabkan Reeya hilang ingatan sepenuhnya. Dari kisah keluarga hingga la pengalaman masa kecilnya. Tiada satupun yang tersisa dalam kepalanya sebaik sedar dari koma 2 tahun dia. Setelah itu hidup Reeya tidak lagi normal seperti orang lain. Dia ibarat buku yang kosong tiada tajuk, tiada isi kandungan dan tiada muka surat. Tiba-tiba aje dah ada coretan di setiap muka surat yang dia sendiri tak ingat bila berlaku dan macam mana berlaku. Kemudian dia perlu jalani hidup yang dia rasa bukan milik dia. Identiti, nama, ahli keluarga dan kenalan yang ada di sekelilingnya waktu itu sangat janggal buat dia.
Selama 5 tahun Reeya cuba jalani hidup dia dengan normal. Namun ianya tak semudah yang orang lain nampak. Rain mahupun Encik Hill fikir Reeya memberontak dan bersikap degil kerana itu nature dia. Sedangkan yang sebenarnya Reeya bersikap begitu kerana dia frust, frust pada perasaan yang dia tidak tahu kenapa. Ada sesuatu yang tertinggal sewaktu hayat dia sebelum ni.
Sesuatu yang sangat penting, tapi dia tak tahu apakah ia. Jadi bila terasa macam tu ianya buatkan Reeya stress!
Kemudian...muncul seorang lelaki ini.
Menghantui dia di mana-mana saja. Menambahkan lagi tekanan yang dia sedia tanggung!
Keith Fraser...ada yang tak kena dengan nama tu!Tapi tak tahu kenapa!?
"Tak ada apa-apa..."jawab Reeya menjarakkan dirinya dari Rain.
"Kau sure?Ada something berlaku ke?"tanya Zen pulak.
Noah hanya diam, tetapi dia mengepal penumbuk dengan sembunyi semasa menatap tepi wajah Reeya saat itu. Muka itu buatkan dia susah hati. "Kalau awak tak sihat. Baiknya awak rehat saja di rumah Reeya."beritahunya selepas itu.
Reeya menarik senyuman nipis di bibir. Dia pandang ke wajah risau Noah itu dengan lama. Pasti Noah tahu sesuatu. Dan dia memandang Zen pula. Pasti Zen juga tahu. "Jangan risau. Aku okay...cuma mengantuk.."balasnya.
"Apa kau dah buat dari pagi tadi?"tanya Rain dengan tangan bersilang di dada.
Reeya tersedar akan rancangannya untuk porak perandakan office dekan dan beberapa orang pentadbir. Tetapi berjaya di halang oleh Keith. Tak tahu la apa Keith dah buat dekat pejabat dekan tu!
"Tak ada apa-apa.."balas Reeya meleret. "Aku jogging...lepas tu sarapan. kemudian gerak nak ke kelas.."dalih Reeya tidak mahu rancangan dia hendak keluar dari kolej itu diketahui oleh Rain. Sekiranya Rain tahu, habis dia kena syarah dan di kawal sepanjang masa. Paling teruk Rain akan ekori dia ke mana dia hendak pergi. Dan itu adalah perkara terakhir yang dia nak dari berlaku.
Dua dari tiga lelaki disitu memberi renungan curiga mereka ke Reeya.
Share this novel