*SALAH FAHAM*
"Keith!"panggil Reeya di belakang.
Namun lelaki itu langsung tidak menoleh apatah lagi berpaling. Seakan tidak dengar akan panggilan yang sudah berkali-kali sebut nama di belakangnya. Keith menonong ke depan menuruni tangga.
"Keith Fraser!Stop right there!"
Tidak peduli dengan mata yang memandang ke arah mereka waktu itu, Keith menyusuri koridor sebelum keluar dari pintu tepi bangunan itu dan tiba di kawasan laman. Baru sahaja dia mahu membelok, muncul Reeya di hadapannya. Menghadang laluan dia serta merta.
"Did you deaf or what!"ketap Reeya dengan berang saat dongak memandang Keith saat itu.
Dengan reaksi tenang bersahajanya, Keith tunduk memandang wajah marah tu. "Kau nak apa?"
"Saya nak apa?Baru awak nak tanya?Dari tadi saya terpekik terlolong macam banshee dekat belakang awak, baru awak nak kisah!?"cengang Reeya di situ dengan mata menjegil bulat.
Terus Keith menarik sengih meleretnya.
"Saja.Aku suka bila kau panggil nama aku banyak kali."sakat dia.
Terdiam sekejap Reeya lepas tu. Riak marah di wajah bertukar menjadi blur. Apa masalah lelaki depannya ni!?
"Kenapa?Kau nak apa dari aku ni?Nak nombor phone?Ajak date?atau nak pelawa aku jadi boyfriend kau?Mana satu?"sakat Keith lagi.
Eeew!Reeya buat muka kengerian sebelum pukul tepi lengan Keith tanpa amaran. Ke situ pulak!Tak adanya. "Apa awak fikir awak cuba lakukan ha!Kenapa awak tak cakap awak dah hantar assignment kita berdua pada sir?Awak tahu tak sir panggil saya dan marahkan saya kerana fikir saya aje yang ambil bahagian dalam penyediaan tugas berdua tu bukan awak. Kan saya cakap!Saya yang akan buatkan assignment tu nanti!"
Tanpa amaran Keith angkat tangan lalu lurutkan kerutan di kening Liana dengan ibu jarinya. Di urut lembut kulit itu sehinggalah Reeya berhenti berkerut. "Sebab aku tahu..kalau kau yang hantar assignment tu..hanya akan ada nama aku aje dalam kertas tu. Bukan kau.."
"Awak-"
"Aku kenal kau Reeya. Sebolehnya kau akan cuba untuk buat diri kau di drop dari kolej ni. So untuk elakkan hal tu terjadi, aku perlu bertindak dulu.."jelas Keith sebelum menarik sengih meleretnya sambil turunkan tangan dari kening Reeya.
Bersama wajah berkerut tidak puas hati, Reeya pandang dalam-dalam wajah Keith. Cuba hendak fahamkan kenapa lelaki di depannya tidak berhenti cuba dari menghalang dia dari berhenti belajar di kolej ni?Apa sebenarnya yang Keith hendak lakukan?Dan kenapa lelaki ni nekad sangat?
"Apa masalah awak ni Keith?Kenapa awak buat semua ni?"
"Kan aku dah cakap hari tu. Aku tak nak kau keluar dari kolej ni macam tu aje.."
"Tapi kenapa?"
"Sebab aku tak naklah."
"Did you realise that you sound ridiculous right now?Not make any sense at all!"marah Reeya kerana berang dengan sikap bersahaja dan tenang Keith waktu itu. Lelaki itu bercakap macam ianya hal sendiri.
Sambil ketawa kecil, Keith angkat tangannya. Mahu memegang kepala Reeya, Namun belum sempat tapak tangannya hinggap atas rambut itu, satu tangan muncul dari tepi lalu menolak dirinya jauh ke belakang dengan mengejut.
Reeya buka mulut hendak bersuara saat depannya di hadang dengan dua tubuh secara mengejut. Membuatkan dia pandang 'what the f!' saat ia terjadi.
"Apahal ni?"Rain dengan serius berdiri di situ menghadap Keith. Sementara Zen dan Noah berdiri di depan Reeya.
Terkebil-kebil bingung tidak faham di situ Keith silih ganti memandang wajah serius senior di hadapannya lalu akan dua lelaki yang menghadang Reeya darinya. "Kau orang tu yang apahal?"
Situasi itu telah menarik perhatian pelajar-pelajar yang lalu lalang di sekitar tempat itu. Dengan riak ingin tahu, mereka semua berhenti dan mula memerhatikan situasi di hadapan kolam air pancur tersebut. Tiga orang lelaki menghadang seorang pelajar perempuan di hadapan seorang lagi pelajar lelaki. masing-masing kelihatan defensive.
"Sepatutnya aku tanya kau...siapa kau!?"tanya Rain.
Reeya di belakang Noah dan Zen cepat-cepat tolak badan mereka supaya ke tepi. "Hei!Kenapa dengan kau orang ni?"tanya dia dongak menilik wajah dua lelaki di depannya itu.
"Kau tak apa-apa?"tanya Zen dengan kening mencerunnya.
"Dia apa-apakan awak ke Reeya?"Noah pula bertanya.
Hal itu membuatkan Rain berpaling dan memandang Reeya dengan reaksi serius di wajahnya. "Mamat ni kacau kau ke?"tanya dia saat tunding jari ke arah Keith.
Sama seperti Keith, Reeya silih ganti memandang wajah Rain lalu ke Keith. "Hah?Sekejap. Apa kau orang buat dekat sini?"tanya dia yang agak terkejut dengan kemunculan tiga orang tu di situ. Dan dari mana dia orang datang?
Keith pandang tidak senang akan mereka di situ. "Kecoh aje lebih. memangnya kau orang ni suka menyibuk hal orang lain eh?"
"Kau diam!"arah Zen dengan jengkel. "Jangan bersuara selagi kau tak dibenarkan."
"The heck?"Keith berdengus tak percaya mendengar arahan tu. "Patutnya kau orang tu yang diam. Tiba-tiba masuk campur urusan orang lain kenapa?Tak tahu ke adab bila orang tengah bercakap?"
"Kau cakap apa!"dengan serentak Zen, Noah dan Rain maju ke depan hendak menghadap Keith di situ. "Jangan nak kurang ajar ya!Kau yang kacau Reeya dulu kan!Memang la kita orang masuk campur."
"Hei!"panggil Reeya cepat-cepat jalan ke depan dan berdiri di hadapan Rain serta Keith di situ. Dah kenapa dengan dia orang ni!Ya ampun! Reeya berada betul-betul di tengah mereka waktu itu. "Rain...cukup!"tangannya naik menolak dada abangnya itu. Cuba hendak jauhkan mereka dari Keith.
Keith berdiri kukuh di situ. Tidak berganjak mahupun gentar. Memang mereka ramai, tapi dia lebih berpengalaman bab berlawan.
"Please...Noah..Zen. Stop this. Semuanya hanya salah faham. Bukan dia yang ganggu aku. Aku yang ganggu dia. Okay!"tegah Reeya apabila dia perasaan sekeliling mereka mula dikerumuni orang.
"Siapa mamat sengal ni?"tanya Rain masih memandang Keith.
"Dia rakan sekumpulan belajar aku. Satu kuliah dengan aku."jawab Reeya masih cuba menghadang mereka bertiga dari terus mendekati Keith.
"Dah tu kenapa dia buat awak marah Reeya?"tanya Noah pula.
"Ianya tak ada apa-apa."beritahu Reeya memalingkan kepala ke arah Keith. Lelaki ni kena pergi sekarang sebelum tiga orang ni mula buat hal!
Keith tilik setiap wajah di situ dengan lama sebelum mengerling ke jam di tangannya. Macam mana dia boleh bertembung dengan mereka begini!Aduhai!"Kita borak lagi nanti Reeya. Tanpa tiga minion ni.."pamitnya sebelum bergerak pergi dari situ kerana ada hal yang perlu diuruskan waktu itu.
Berlalu sahaja Keith dari situ, Reeya jauhkan diri dia dari mereka. Pandang tak percaya. "Seriously guys?"
"What?Mamat tu ada vibe yang buatkan aku rasa tak suka!"beritahu Zen hampir meninggikan suara dekat situ.
"Siapa mamat tadi tu?Boyfriend kau?"tanya Rain tidak semena.
Terbutang luas mata Reeya."Hei!Mana ada..!"
"Dia cari pasal dengan awak ke Reeya?"tanya Noah pula.
"Tak."
"Jangan sampai aku jumpa muka berlagak mintak penampar tu lagi."pesan Zen.
"Gosh!This is so embarrassing!" Reeya menggeleng kepala memegang dahinya. Asal la dia orang buat perangai macam ni depan semua orang pulak tu!
Share this novel