36.

Romance Completed 9302

* Mess With the Wrong Person. *

Cecair hijau dan tampalan kertas dengan kata-kata carut serta imej dengan badan perempuan berbikini tetapi diedit wajah menjadi wajahnya di pandang dengan renungan tidak berminat.

Semua kepala yang ada di sekitar koridor lokar terarah pada belakang pemilik lokar malang itu.

          "Eww...bau apa tu?"tegur Ashlin bersama dengan dua lagi rakan Barbie gadis itu. Mereka bertiga berdiri di belakang Reeya dengan senyuman sinis di bibir masing-masing.

Reeya berpaling, dia memandang ke arah Ashlin dengan muka tanpa perasaan. Dia menyilang tangan ke dada.

           "Ini kerja kau?"soal Reeya pada Ashlin.

            Ashlin tersenyum puas. "Kalau ya kenapa? Kau ada masalah ke?"balas Ashlin."Itu adalah akibat bila kau cuba ambil sesuatu yang tak sepatutnya kau sentuh Reeya..."ujar Ashlin dengan bangga.

           "Apa yang aku sentuh?Kau berkelakuan macam budak-budak hanya sebab cemburu?"

          "Kau sendiri tahu kan Keith tu kepunyaan aku. Yang kau berani-berani dekati dia siapa suruh!"

          Reeya mengangguk kepala. "Okay...dan FYI..hating is free...that why broke people do it so well..."sindir Reeya dengan nada tenang dan bersahaja. "Lemme share a fact. Bukan aku yang dekati Keith dulu ya. Kalau kau nakkan dia kau patut bertindak lebih baik dari sekarang..."ujarnya sambil mendekati Ashlin.

Hanya kerana Keith aje pun!

Dari semalam hingga ke hari ini, memang tak boleh nak tenang hidup dia setiap kali celik mata.

Balik-balik Keith...dah tak ada perkara lain selain lelaki tu yang dia perlu handle ke!?

           Terdiam Ashlin kerana berasa awas bila Reeya mendekati dia begitu. "Aku tahu kau goda dia."

            "And which part make me looks seduce that freak?"sembur Reeya di depan muka Ashlin. " Cakap aje la yang kau jelous sebab aku dapat perhatian khas yang kau tak boleh dapat dari crush tahun pertama kau tu Ashlin.."

            "You wish! I never feel jelousy toward you bit*h!"desis Ashlin. "Kau guna cara kotor untuk dekati Keith!Dan aku akan pastikan kau rasa apa yang aku rasa lepas ni!"

             Reeya ketawa mengejek. Dia berdiri dua langkah dari Ashlin. "Kau tahu semua ugutan kecil kau ni tak ada gunanya pada aku kan?"soal Reeya. "And that why, what doesn't kill me make me strongers, so if you plan to hurt me, make sure you kill me. Or I'll be coming back for you..."Reeya menjungkit bahu.

Ashlin mengepal penumbuk di kedua-dua tangan. Sakit hati dengan kata-kata Reeya, tetapi dia tidak boleh melenting dekat sini. Dia kena nampak cool di depan semua peminat dan orang di sekitarnya. Tak mungkin lah dia akan kalah pada budak hingusan seperti Reeya ini.

           "Jangan kau cuba nak tunjuk bagus pada aku. Kau sendiri tahu aku tak terasa langsung dengan kata-kata kau. Kau tu lebih suka cakap banyak dari tindakan. Cakap jer lah takut...dasar pengecut!"balas Ashlin yang berniat hendak menghina Reeya. Tapi kata-kata Ashlin itu ibarat jenaka buat Reeya yang dengar.

            Reeya tersenyum, dia memegang dada. "Awww...terima kasih untuk pujian tu..."balasnya."I can do better than that.."ujarnya. "You have diarrhea of mouth but a constipation of ideas...so what ever comes out from you is nothing to me...you know what I mean?"balas Reeya dengan mimic muka ceria yang bersahaja.

           Mata Ashlin menjegil geram, gadis itu menerkam Reeya lalu mencengkam kolar baju Reeya dengan kasar. "Kau memang nak minta mati kan! Kau tak tahu siapa aku lagi.."Ashlin menghentak belakang badan Reeya di pada lokar dengan kasar.

BAM!

BAM!

Reeya tidak membalas dan hanya mendiamkan diri sehinggalah matanya ternampak dua orang pensyarah dan Miss Luisa berjalan ke arah dimana Ashlin sedang melemparkan tantrum padanya. Dengan itu suis ON lakonannya terus hidup.

Here come!

          "Please...Ashlin..saya minta maaf....."rayu Reeya dengan mimik muka sedang sakit. Dengan sengaja dia kuatkan suara. "Saya janji saya akan siapkan kerja awak...berikan saya masa lagi.."rayunya dengan sedih sewaktu Miss Luisa dan dua orang pensyarah itu berjalan laju ke arah Ashlin yang mana Ashlin masih belum sedar.

           Ashlin buat muka pelik bila Reeya tiba-tiba cakap begitu. "Kau merepek apa!?"katanya sebelum mencampak Reeya jatuh terduduk di atas lantai.

           "Ashlin! Apa yang kamu buat?"panggil Miss Luisa dengan berang di belakang.

           Terlompat Ashlin sebaik mendengar suara itu kerana terkejut. Dengan kening berkerut dia tunduk memandang Reeya yang sedang duduk di atas lantai. "What the fu*ck!"gumam Ashlin yang berasa begitu teraniaya. Bila masa pulak dekan dan pensyarah muncul dekat sini?

Miss Luisa merentap lengan Ashlin dengan kuat untuk palingkan badan Ashlin menghadapnya.

          "Apa yang kamu fikirkan hah?Buli pelajar?Paksa mereka siapkan kerja untuk kamu?"soal Miss Luisa.

Ashlin mengeleng kepala, dia memandang ke arah Reeya yang sedang di bantu dua orang pensyarah tadi bangun dari lantai.

           "Tak...Miss bukan begitu... Reeya...dia..."tersangkut-sangkut Ashlin nak beri penjelasan.

            "Cukup! Ashlin sikap kamu ini sangat tidak boleh di terima. Apa yang ayah kamu akan rasa selepas mendengar berita ini..."kata Miss Luisa dengan marah.

            "Tak miss...semua ni salah faham.." geleng Ashlin.

             "Apa yang salah faham...dah sah-sah kamu cuba sakiti Reeya sebentar tadi hanya kerana dia tidak mahu siapkan kerja kamu kalau saya tak silap dengar?"soal pensyarah pertama yang berdiri di sebelah kiri Reeya.

              Kepala Ashlin berpaling memandang Reeya dengan muka tidak percaya. "Kau-"

              Reeya yang masih buat-buat seperti dalam kesakitan tersedu menangis. "Miss Luisa. Betul kata Ashlin...semuanya salah faham. Saya telah rosakkan tugasan dia...sebab tu dia suruh saya buat semula..."tipu Reeya.

             "Jangan kamu pertahankan dia Reeya... kami semua nampak dan dengar..." arah pensyarah kedua yang berdiri di sebelah kanan Reeya.

              Miss Luisa menggeleng kepala. "Kamu tak sepatutnya berbuat begitu Ashlin. Seharusnya sebagai anak caunselor kolej ini kamu tunjuk sikap yang baik...bukan salah guna kuasa kamu begini?"bebel Miss Luisa. "Sampaikan Reeya sanggup pertahankan kamu....perlu ke kamu lakukan semua ini?"

Mulut Ashlin tergantung luas, dia memandang tidak percara ke arah Reeya dan Miss Luisa silih ganti.

               "Miss...perempuan ni cuma berlakon... jangan tertipu dengan muka tak bersalah dia tu!"tunding Ashlin yang cuba jelaskan hal sebenar.

Miss Luisa menggeleng kepala.

               "Sudah cukup Ashlin...kamu pergi ke pejabat saya sekarang juga...dan kamu berdua...Miss Luisa memandang ke arah dua orang rakan Ashlin yang lain. "Bersihkan lokar ini kepada keadaan sedia kala..."arah Miss Luisa.

              "Tapi miss kami-"bantah dua orang itu yang tidak sempat di habiskan.

              "Cukup...bersihkan lokar Reeya atau tandas. Pilihan kamu..."arah Miss Luisa.

             Kedua-dua itu kemudiannya tunduk akur lalu menjawab. "Baik Miss..."

             Miss Luisa berpaling sekelilingnya lantas melaung. "Cukup...kembali ke kelas masing-masing. Jangan berkumpul di koridor ini! Bersurai sekarang!"arah Miss Luisa yang serta merta membuatkan kesemua pelajar di sekitar berpaling dari situ.

Dan bila pensyarah tadi pergi dari situ, bersama Miss Luisa dan Ashlin. Mimik muka Reeya yang sedih tadi berubah menjadi dingin. Dan dia pandang ke dua orang rakan Ashlin.

             "Kenapa berdiri aje dekat situ. Bersihkan sepah yang kau orang buat...atau nasib kau akan berakhir sama seperti Ashlin.." beritahu Reeya dengan mesra kepada mereka berdua.

Takut-takut mereka tundukkan kepala mereka ke bawah lalu mula mengeluarkan semua sampah dan kotoran yang ada di dalam lokar Reeya.

             "That what you get when you messed with the wrong person.."getus Reeya dengan perlahan sebelum berpaling pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience