BAB 5

Romance Completed 2995

Feridee tergamam bagai tak percaya, dia tak sempat mengem buku diarinya kerana Zack berjalan dengan pantas.

“Hai, aku nak tanya. Kau buat apa kat sini? Kau sedang stalk aku ya?” Feridee menggelengkan kepala, jantungnya berdegup kencang.

“Aku rimas dan bengang tau tak yang kau selalu menghendap alu, tak pasal-pasal teman wanita aku Sarah break up dengan aku sebab dia fikir aku ada hubungan istimewa dengan kau.” Feridee membuka buku notanya, dan menulis dengan cepat. Zack yang emosinya sedang memuncak merebut buku memonya lalu merobeknya.

“Apa yang buat ni?! jawab soalan aku bukan nak menulis!” Zack merampas nota itu sekaligus merampas buku diari Feridee lalu membukanya. Feridee cuba merampasnya namun Zack berjaya menepis tangan Feridee.

“Oh ini kerja kau selama ini? Aku akan ambil buku ini dan akan jadikannya bukti di balai polis nanti,” bentak Zack seraya memasukkan buku itu ke dalam begnya semula dan berlalu meninggalkan Feridee.

Feridee menangis teresak-esak, hatinya telah dihancurkan oleh orang yang dicintainya. Dia menutup wajahnya, tanpa disedarinya seseorang datang menghampirinya.

“Feridee? Kenapa kau? Zack buat apa pada kau?” Perlahan-lahan Feridee mendongak dan mendapati Giring sedang berdiri di hadapannya.Feridee mengambil buku notanya lalu menulis di atas kertas itu. Panjang tulisannya , menandakan Feridee ada sesuatu terjadi dan Giring semakin tak sabar untuk mengetahuinya.

“Giring, aku ada masalah sekarang. Sebenarnya aku meminati Zack. Kali pertama aku melihat Zack , aku sudah tertarik padanya. Dia selalu memberikan inspirasi kepadaku dan aku selalu melukis tentang Zack dari pohon rendang ini menatapnya dari kerusi yang ada di seberang. Dari duu hinggalah sekarang. Namun perbuatan ku ini diketahui oleh Sarah , kekasih Zack. Sarah memutuskan hubungaan dengan Zack kerana aku. Tadi Zack memarahiku dan merampas buku diariku. Katanya aku akan dilaporkan kepada polis. Macam mana ni?” Giring tekun membaca nota tulisan Feridee itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience