BAB 2

Romance Completed 2995

“Okay, kejap baby,” ujar Zack menggalas begnya lalu memegang pergelangan teman wanitanya itu dan kemudian mereka berdua berjalan beriringan menuju ke cafeteria, Feridee yang masih berada di bawah pohon rendang itu hanya mampu menahan sedih melihat lelaki yang diminatinya itu berlalu pergi.

“Ala Sarah bagilah aku pinjam dulu, takkan kau tak nak bagi aku pinjam,” luah Kiki kawan baik Sarah kesal.

“Ala Kiki, aku taka da duitlah!,” jawab Sarah pula sambul menunukkan beg dompet jenama Carlo Rino kepada temannya.

“Kau nak makan apa?” tanya Zack sambil menghulurkan menu makanan kepada Sarah.

“Mee sup ayam dan limau air,” jawab Sarah.

“Okay tunggu aku orderkan dulu ya,” jawab Zack bingkas bangun.

“Cup cup tunggu dulu Zack, takkan tanya Sarah je, habus tu aku kat sini apa? Nyamuk? Bodyguard? Aku pun nak makan benda yang sama Sarah makan, bagilah pinjam dulu. Esok aku bayar. Aku lupa nak keluarkan duit dari ATM semalam,” ujar Kiki sambil tersengih-sengih.

“Feridee, tugasan yang Miss Erma bagi dah siapkan ke?” tanya Randi, anak lelaki kepada pemilik kampus ini yang terkenal dengan sikap suka membuli apalagi jika tiada orang yang mahu membantunya menyiapkan tugasan. Pertanyaan Randi itu hanya dijawab dengan gelengan sahaja oleh Feridee.

“Argh kau jangan nak tipu aku!” bentak Randi seraya memuntahkan semua isi dari dalam beg sandang Feridee.

Randi kemudia mengambil buku projek milik Feridee yang akan diserahkan kepada pensyarah hari ini. Feridee cuba untuk menghalang namun kudrat Randi yang bertubuh besar itu berjaya menepis cubaan Feridee yang bergelut untuk merampas buku projek itu. Randi tertawa melihat Feridee sambil berkata,

“Sorrylah gara-gara aku kau akan dihukum kejap lagi, tapi kau tahu juga kana pa akibatnya kalau kau buku mulut, terima kasih ye Feri si ibu peri ku!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience