BAB 6

Romance Completed 2995

Giring berjanji akan memikirkan jalan keluar dari masalah ini. Giring cuba menenangkan Feridee dan meyakinkan bahawa masalah ini tak sebesar mana dan semuanya akan selesai. Giring mengantarkan Feridee kerumahnya, Feridee sangat-sangat bersyukur kerana punya kawan baik sebaik Giring.

Giring mengetuk pintu rumah Zack , “Kau keluar sekarang!” teriak Giring , tak lama kemudian pintupun dibuka. Giring tersenyum puas kehadiran Zack , tujuan Giring kemari adalah untuk menyelesaikan masalah sahabatnya, Feridee.

“Bukan main berani dan berlagak lagi kau ya dengan perempuan!” Zack bingung melihat Giring berdiri di hadapannya.

“Aku nak kau tahu yang Feridee adalah kawan baik aku. Dia tak ada niat jahat dan dia bukan stalker kau!” bentak Giring.

“Habis tu? Dah dia buat aku bengang dan naik seram dengan potret-potret aku yang dilukis tu apahal?!”

“Kau tu sumber inspirasi dia ! Dengan beraninya kau marah kat perempuan! Lebih-lebih lagi dia OKU, bisu! Tak boleh nak bercakap dan tak boleh nak defend diri dia masa kau tuduh dia melulu! Kau taka da hati dan perassaan kah?”!

Zack terdiam mendengar kata-kata Giring.

“Apa? dia bisu?”

“Ya, dia bisu! kenapa hah!” Giring mengusap matanya yang basah kerana mengatakan kalimah itu

“Kenapa dia tak bagitahu?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience