BAB 3

Romance Completed 2995

Feridee mengumpul semua barang-barangnya yang terjatuh di atas rumput lalu memasukkannya semula ke dalam beg. Dia cuba menahan tangisnya, disekahnya peluh yang merecik di dahi yang berkeringat dan tidak semena-mena dia melihat ada kaki di hadapannya, dia lalu mendongakkan wajahnya.

“Buat apa tu Feridee?Baru dibuli oleh si Randi lagi ke?” tanya Giring, jiran yang juga merangkap kawan baik sejak kecil Feridee. Feridee tersenyum lalu menggeleng perlahan.

“Buku tugasan kau dirampas lagi oleh mamat pemalas tu ke?” tanya Giring cemas, namun gadis kacukan belanda di hadapannya itu hanya tersenyum tenang.

Feridee menulis sesuatu di buku nota kecilnya. “Aku tak apa-apa Gir, kau tak perlu risau ya?” ujar Feridee sambil menunjukkan kertas itu kepada Giring. Wajah Giring yang tadinya risau kini beransru mencorak garis tenang.

Jam dinding kelas menunjukkan jam 3 petang. Sudah tiba masanya untuk meninggalkan kampus, hari ini cuma ada tiga sesi kuliah sahaja. Feridee bingkas mengemas alat tulis dan bukunya dan kemudian berlari ke tempat kegemarannya.

Di tengah perjalanan dia tak sengaja melanggar seseorang, dia memberi tanda maaf dengan membongkokkan tubuhnya namun tangan orang itu segera menarik tangan Feridee.

“Eh, kau Feridee kan ? pelajar yang ambil seni visual kan??” Ditatapnya wajah orang itu, dan dia kenal bahawa gadis itu adalah Sarah, kekasih Zack. Feridee mengangguk memberi jawapan kepada Sarah.

Sarah menghulurkan tangannya dan ia disambut oleh Feridee.

“Selamat berkenalan, nice to meet you,” ujar Sarah. Mereka berdua saling membalas senyuman.

Feridee berdiri di balik pohon rendang itu, sekali lagi cuba melirik pandangannya cuba mencari Zack yang selalu duduk di sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience