BAB 7

Romance Completed 2995

“Dia dah bagitahu tapi kau tak pedulikannya! dia cuba bagitahu kau melalui nota yang ditulisnya, bagi orang bisu itu sahaha cara doranvg berkomomunikasi dengan manusia normal melainkan kau reti bahasa isyarat. Ini alamat Feridee , aku sarankan kau datang ke rumahnya dan pergi minta maaf dengannya,” ujar Giring meninggalkan Zack yang terpegun bagai boneka.

Zack menuju ke alamat yang diberikan Giring. Di bangku kerea sebelahnya terdapat buku diary Feridee yang sudah dikoyakkannya sebelumnya. Zack merasa sangat bersalah atas tindakannya pagi tadi.

“Assalammualaikum,”

Feridee muncul dari balik pintu, ketika melihat kelibat Zack, Feridee segera menutup cepat pintunya.

“Feridee, aku tak jadi nak laporkan kau pada pihak polis, maafkan aku, Aku salah,” sungguh Feridee tak percaya kata-kata Zack itu. Perlahan-lahan Feridee membuka daun pintu dan mempelawa Zack masuk ke dalam rumah.

“AKu tahu yang kau tak boleh bercakap kan? Aku sumber inspirasi kau berkarya kan? Maafkan aku ya. Feridee mengangguk dan memberikan senyuman mesra tanda dia memaafkan kesalahan Zack. Zack dihimpit rasa bersalah. Feridee menulis sesuatu pada nota kecilnya.

Di dalam nota tulisannya itu, Feridee menceritakan bagaimana dia tak boleh bercakap selepas menyumbangkan pita suaranya kepada adiknya. Dan apa yang dilakukannya kepada Zack adalah sebagai mengasah bakatnya kerana Zack adalah subjek kegemarannya.

Akhirnya Zack memberi keberanran kepada Feridee untuk melukis dirinya pada bila-bila masa. Namun Feridee menegaskan yang dia hanya akan melukis Zack di sebalik pohon rendang di taman kampus itu kerana di sanalah Feridee bertemu buat kali pertama dengan Zack. Feridee menasihati agar Zack menceritakan perkara sebenar kepada Sarah dan kembali semula pada gadis itu, walaupun Zacak kinit ahu bahawa Feridee juga menaruh hai padanya. Namun Feridee enggan mengeruhkan keadaan dan berdansa bahagia atas penderitaan orang lain. Jadi Feridee memilih untuk beralah. Dia sedar akan dirinya dan dia tak mahu mengambil kesempatan atas kebaikan Zack itu. Biarlah dia terus memendam sebuah cinta yang tak kesampaian ini dari nanti dia kehilangan insan tersebut.

“Aku akan selalu memanndangkau dari balik pohon rendang ini Zack. Aku tak tahu sampai bila kau menjadi subjek kegemaran ku, mungkin juga sampai ku menutup mata kerana kau sudah lama terpahat dalam hatiku.” Bisik hati Feridee.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience