BAB 1

Romance Completed 2995

Pohon yang rendang itu selalu menjadi tempat kegemaran Feridee. Saiz pohon itu yang besar mampu menutupi tubuh Feridee yang kenit. Pandangannya menuju ke arah satu titik, Zack.

Terselit pensil 2B di jari jemarinya yang runcing yang sedang mencoret sesuatu di buku diarinya yang bewarna merah jambu itu. Dan ada potret wajah seseorang terlakar di atas kertas itu, ya serayt wajah Zack yang sedang membaca buku di satu sudut taman kampus terlakar indah oleh Feridee. Begitulah kelakuan Feridee sejak dua tahun setengah yang dulu, atau secara teoatnya sejak dia mula menjejakkan kaki di kampus ini.

Feridee yang mengambil jurusan seni sering menjadikan jejaka kacukan Morocco atau nama sebenarnya Al-Zahfran Bin Al-Khalid namun sering dipanggil Zack itu sebagai sumber inspirasinya dalam memperkasakan kemahiran melukisnya.

Feridee sendiri mengakui yang dia adlah secret admirer kepada Zack. Nama Zack acapkali meniti di bibir Feridee setiap kali dia melihat Zack di sebalik pepohon yang rendang ini. Dia menyukai semuanya tentang Zack.

Senyumannya, tawanyan, pandangan fokus lelaki itu bila dalam kuliah. Keningnya berkerut saat dia melihat ada kelibat wanita sedang mendekati Zack. Serta merta buku ditutupnya kerana dia mahu mendengar bait perbualan mereka, namun kedudukannya yang jauh dari mereka menyukarkannya untuk mendengar sepatah pun perbualan mereka.

“Zack, kau dah habis membaca? Jom temankan aku ke cafeteria?” Ajak Sarah , kekasih Zack.

“Ya baru habis, kenapa kau nak ke sana? Bukan kau tengah diet ke?” tanya Zack sambil memasukkan buku yang dibacanya tadi ke dalam beg.

“Takkanlah nak berssiar-siar, mestilah nak makan. Lapar, esok saja diet,”ujar Sarah seraya memahut lengan Zack.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience