BAB 9

Drama Completed 11457

“Ada hal penting apa Zif nak bincang dengan kami?” Ayah mula bersuara.

“Mak..ayah..sebagaimana Zif ambil Azreen dengan baik, macam tulah juga

Zif ingin pulangkan semula Azreen kepada mak dan ayah..” Razif menyusun

kata. Berhati-hati.

Azreen tersentak. Dia pandang Razif yang tenang menutur bicara mukadimah.

“Bang! Apa abang cakap ni? Az tak faham!” Azreen mula tidak mengerti

dengan butir bicara Razif yang dirasakan ada maksud tersirat.

“Ha’a Zif..apa maksud Zif ni?” Mak pula mencelah. Dahi tuanya berkerut.

“Tanyalah Az sendiri..” Razif tunduk. Dia sebenarnya tidak sanggup

meluahkan apa yang dilihat.

Ibu Azreen mula memandang Azreen yang masih kebingungan.

“Az pun tak tahu mak, ayah..Az tak faham kata-kata abang Zif!” Azreen

masih berpura-pura.

“Baiklah..saya sebagai seorang suami, tidak mahu dituduh dayus bila

membiarkan isteri sendiri berzina di depan mata saya.” Razif memulakan

inti cerita.

Masing-masing tercengang dengan kata-kata Razif.

“Zif..ayah tak faham. Kamu ada bukti ke menuduh anak ayah begitu?” Ayah

mula bertutur serius.

Razif angguk.

“Mak pun tak percaya! Mana buktinya?” Mak pula menyoal. Razif faham bila

anak gadis dituduh curang begitu, ibu mana yang tidak marah.

Razif hanya diam bila Azreen mula menuduhnya cemburu dan bersangka

buruk. Azreen mula pertahankan dirinya di hadapan ibu bapanya.

Az..kau boleh menipu mak dan ayah tapi kau tak boleh menipu aku…

“Mak..ayah..saya tidak menuduh Az tanpa bukti. Jika mak dan ayah tidak

percaya kata-kata saya dan percaya kata-kata anak mak dan ayah sendiri,

baiklah!” Razif mula membuka beg komputer riba yang dibawa bersama.

Sekeping VCD diambil dari celah poket beg dan dipasang di tv. Mak dan

ayah Azreen terbeliak melihat sebaik saja VCD dimainkan. Azreen mula

pucat muka. Sungguh dia tidak menyangka sejauh itu Razif menyiasat.

“Mak dan ayah nilai sendiri. Video ni saya sendiri yang rakam. Kalau

saya upah orang lain mungkin mak dan ayah tidak percaya. Saya sendiri

mengekori Azreen dari pejabat sehinggalah adegan dalam kereta itu.”

Razif menutur tenang.

Razif lihat mak dan ayah Azreen terlopong melihat rakaman video. Mak

Azreen mengucap panjang, berkali-kali.

Azreen terduduk. Serentak itu juga, dia menangis meraung-raung memegang

kaki Razif yang masih duduk di sebelah ayah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience