BAB 6

Drama Completed 11457

Hatinya berdegup kencang. Tak sanggup melihat perlakuan pasangan sejoli

itu di dalam kereta. Jelas dia melihat bibir mereka bertaut. Walaupun

rasa terseksa, Razif gagahkan diri merakam segala aksi pasangan itu. Dia

mengucap panjang bila lelaki itu mula merebahkan kerusi Azreen dan

bermulalah kemurkaan Allah. Azreen nyata terlalu jauh hanyut dibuai

pelukan lelaki itu sehingga ke tahap itu. Tanpa disedari air matanya

menitis lagi. Kebenciannya mula meluap-luap melihat perlakuan zina di

depan mata. Mahu saja dia menamatkan riwayat kedua makhluk yang leka

melakukan maksiat. Dia terus beristighfar panjang.

Razif cepat-cepat beredar setelah segala perlakuan Azreen dan teman

lelakinya dirakam dengan baik. Dalam keadaan gelap begitu, dia

meraba-raba menuju ke arah keretanya semula. Kereta dipandu laju

meninggalkan tempat hitam itu. Kereta Azman dipulangkan dan mengambil

keretanya sebelum kembali ke rumah.

SAMPAI di laman rumah, Razif segera memindahkan rakaman tadi ke dalam

CD. Dia sudah siap meletakkan komputer riba di dalam kereta. Sebaik

sahaja masuk ke dalam rumah, kelihatan Sofea sudah berada di ruang tamu

sedang leka membuat kerja sekolah.

“Papa baru balik? Dah siap ke projek tu?” Sofea senyum sambil memeluk Razif.

“Ya sayang. Dah makan?” Razif mengusap rambut Sofea. Dia mula rasa

bersalah membiarkan Sofea menikmati makan malam seorang diri.

“Dah papa. Makcik esah dah masak tadi. Mama mana?”

“Mama banyak kerja sayang..” Razif gagahkan diri memuji Azreen depan Sofea.

Razif segera ke bilik untuk membersihkan diri. Perlahan sejadah

dibentang. Dia berdoa sambil menangis memohon ampun kepada Allah selesai

solat isyak tadi. Kerana tidak mahu terlepas walau sedetik pun perlakuan

Azreen, solat Asar dan maghrib terlepas begitu sahaja. Dia meraup muka

menangis di tikar sejadah.

“Ya Allah! Ampunkan aku ..jika aku di pihak yang benar, Kau berilah

kekuatan kepada ku ya Allah. ”

Lama Razif berteleku di atas sejadah sambil menyesali tindakannya

meninggalkan dua solat fardu tadi semata-mata kerana Azreen. Dia

menyesal sungguh-sungguh. Terus diqadha solat yang tertinggal tadi. Dia

menangis dalam doa. Hatinya sebak memikirkan apakah dosanya dikurniakan

isteri yang menjalani kehidupan yang bengkang bengkok begitu.Sejadah

dilipat dan diletak di atas rak di tepi al Quran. Razif pandang jam di

atas meja tepi. Sembilan setengah malam. Dia melihat sekitar bilik.

Bilik yang dulunya penuh dengan bunga-bunga cinta yang disemai bersama

Azreen kini dirasakan seperti berada di sebuah bilik usang yang penuh

bersarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience