BAB 11

Drama Completed 11457

RAZIF menutup album bila melihat Sofea sudah terjaga dari tidur. Dia

cepat-cepat menyapu air mata yang masih bergenang walaupun tidak

menitis. Album diletak di dalam laci meja belajar anak gadisnya semula.

Hanya itu kenangan yang disimpan dan ditatap Sofea bila rindukan mamanya.

“Papa…belum tidur lagi?” Sofea genyeh mata.

“Belum sayang..tidurlah. Esok nak sekolah.” Razif cium dahi Sofea dan

menarik selimut hingga ke paras dada.

Lampu utama bilik ditutup dan hanya lampu kecil tepi katil saja

dibiarkan bernyala. Sebelum keluar dari bilik Sofea, sekali lagi matanya

tertancap pada sekeping bingkai gambar yang diletakkan atas meja belajar

Sofea. Gambar mereka bertiga yang diabadikan ketika hari raya. Begitu

bahagia saat itu. Namun semuanya telah musnah. Sebagai suami, tidak

mungkin dia tega melihat Azreen hanyut dalam maksiat yang dicipta

sendiri. Aku bukan dayus!

Terimalah kifarah yang Allah turunkan terhadapmu. Sungguh aku kasihan dan simpati melihat bala yang menimpamu namun maaf, aku bukan lelaki yang sanggup menerimamu selepas kau memusnahkan hatiku dengan cara sedemikian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience