BAB 10

Drama Completed 11457

“Bang..maafkan Az bang..maafkan Az. Az takkan buat lagi..ampunkan Az bang!”

Razif tidak menghiraukan kata-kata Azreen. Video masih terpasang. Mak

dan ayah Azreen masing-masing terdiam. Bukti sudah ada depan mata.

“Papa! Kenapa lelaki tu peluk mama? Siapa lelaki tu? ”

Razif terkejut. Dia menoleh ke arah Sofea. Rupanya Sofea dan adik Azreen

sudah tercegat di ruang tamu. Adik Azreen turut terkejut melihat adegan

dalam video itu. Cepat-cepat dia tarik tangan Sofea masuk ke bilik semula.

Razif pula tidak sempat menutup video yang terpasang tadi. Sofea sudah

melihat segala-galanya. Dia mula tunduk. Entah apa Sofea fikir nanti

melihat ibunya sendiri berkelakuan begitu. Dia pandang pula Azreen yang

masih merayu memohon maaf kepadanya.

“Az..dengan sedar..aku lepaskan kau..aku ceraikan kau dengan talak satu.

Kau bebas sekarang.” Razif bangun dan masuk ke bilik.

Sebaik keluar dari bilik, di tangannya sudah ada beg pakaian. Malam itu

juga dia bertolak ke KL semula. Sofea ditinggalkan di situ buat

sementara. Dia dengan Azreen bukan lagi muhrim.

SEJAK itu, dia mula memohon hak penjagaan terhadap Sofea. Alhamdulillah,

mahkamah memihak kepadanya. Dia menang kes itu. Sofea kini berada dalam

jagaannya. Sekali sekala, dia akan bawa Sofea jumpa opah dan adik

Azreen. Mereka sangat rapat. Razif tidak mahu memutuskan ikatan kasih

sayang yang terjalin sekian lama walaupun hatinya sendiri terluka setiap

kali menjejakkan kaki ke rumah itu.

Dari cerita bekas mertuanya, dia dapat tahu Azreen sudah berkahwin

dengan teman lelakinya itu. Razif lega kerana lelaki itu sudi mengambil

Azreen sebagai isteri yang sah digauli. Setiap kali dia membawa Sofea

menjenguk opah di kampung, kadang-kadang sahaja dia bertembung dengan

Azreen yang kebetulan juga pulang ke kampung tapi tanpa suami di sisi.

Wajah manis dan badannya yang dulunya montok kini sudah mula kurus

kering. Pucat. Rupanya Azreen makan hati dengan suami barunya itu yang

mula curang dengan perempuan lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience