BAB 1

Drama Completed 11457

Dibeleknya album perkahwinan yang berukir cantik dengan ukiran kelopak bunga di tepi kulit album. Pandangannya kosong. Lama juga dia menatap album itu namun perasaanya sudah tidak sama lagi. Dirasakan perkahwinannya sudah hambar. Sudah tiada perencah yang dapat menambah rasa kerana walau apapun jua cara masakan ia tetap sudah tiada rasa. Rumahtangga mereka sudah di hujung jalan.

di kedai makan sebelah pejabatnya sebentar tadi. Sudah tiada rasa manis.

Semuanya dirasakan sudah masam dan pahit. Gambar demi gambar ditatap.

Begitu manja Azreen memeluknya di kala mengukir memori hari bersejarah

mereka disatukan, hari yang menjadi idaman setiap pasangan. Sedar tidak

sedar, usia perkahwinannya dengan Azreen sudah mencecah empat belas

tahun. Suatu tempoh yang agak lama untuk sebuah perkahwinan. Perkahwinan

yang dibina atas dasar cinta sejati sejak zaman universiti lagi.

Razif pandang pula kepada seorang anak gadis kecil yang lena tidur.

Agaknya sudah hanyut dibuai mimpi. Dia mengusap lembut rambut anaknya

yang masih hijau tentang erti kehidupan. Album perkahwinannya ditatap

lagi. Segala-galanya kini sudah tidak ada makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience