BAB 2

Drama Completed 11457

Memori zaman percintaan cukup indah. Razif bangga dapat memiliki hati

dan cinta Azreen, gadis cantik yang menjadi rebutan mahasiswa ketika

itu. Dia bangga kerana Azreen memilihnya sebagai teman hidup. Sejak itu,

ke hulu ke hilir, ke mana saja, mereka tidak pernah berpisah sehingga

digelar belangkas. Teman-teman semuanya sudah maklum perhubungan Razif

dengan Azreen yang pernah digelar ‘ Couple of the Year’.

Hati Razif semakin berbunga bila lamarannya diterima keluarga Azreen.

Bimbang disambar jejaka lain, sebaik tamat pengajian, dia terus melamar

Azreen menjadi isteri yang sah. Maka bermulalah kehidupan mereka sebagai

suami isteri yang bahagia. Dia dan Azreen berjaya menjawat jawatan

eksekutif di sebuah syarikat swasta terkemuka. Walaupun mereka bekerja

di syarikat berlainan, hubungan suami isteri terasa semakin hangat.

Azreen dihantar dan dijemput setiap hari bekerja. Setahun melayari

bahtera bersama, mereka dikhabarkan berita gembira. Razif bakal menjadi

seorang ayah. Hanya tuhan saja yang tahu hatinya ketika itu. Gembira dan

bersyukur dengan kurniaan tuhan.

Setahun berlalu, lahirlah cahaya mata hati mereka yang pertama. Seorang

puteri yang begitu comel. Kehidupan Razif sungguh bahagia. Sofea, anak

yang ditatang bagai minyak yang penuh dijaga dengan penuh kasih sayang.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, Sofea

membesar menjadi seorang anak gadis yang cantik. Nyata kecantikannya

diwarisi dari isterinya Azreen. Mulut dan hidung Sofea pula banyak

diwarisi dari dirinya. Razif bersyukur.

Kini Sofea sudah berusia tiga belas tahun, sudah pandai bergaya. Razif

dan Azreen bergilir menghantar dan menjemput Sofea dari sekolah. Hidup

mereka penuh bahagia. Namun semua itu tidak lama. Azreen mula berubah

sikap. Razif mula perasan sikap dingin Azreen sejak dua tahun lalu

sehinggalah pada suatu hari, Razif merasakan ada sesuatu yang berubah.

Azreen tidak lagi seperti dulu. Sejak Azreen sudah memiliki kereta

sendiri, Razif tidak dibenarkan menghantar dan menjemputnya seperti

biasa. Alasannya arah pejabat mereka berlainan. Azreen tidak mahu

menyusahkan Razif lagi. Razif akur kerana pejabat mereka berlainan hala.

Bermula saat itu, Azreen semakin kerap pulang lewat dari pejabat. Banyak

kerja katanya. Razif tidak menaruh syak wasangka. Sejak mula Azreen

bekerja, dia sudah maklum kesibukan Azreen di pejabat tetapi kali ini

kesibukan Azreen semakin menjadi-jadi. Di rumah pula, Azreen mula

berkepit dengan telefon bimbit. Ke mana saja dia pergi, telefon

bimbitnya pasti dibawa bersama. Hatta ke bilik air, Azreen tidak pernah

tinggal telefon bimbitnya. Razif mula merasa ada sesuatu yang tidak

kena. Pernah dia minta ingin melihat telefon bimbit Azreen namun

bermacam-macam-macam alasan diberi demi mengelak darinya. Tempoh empat

belas tahun perkahwinannya menyebabkan dia sudah masak dengan sikap

Azreen luar dan dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience