BAB 1

Family Completed 42786

Petang itu cuacanya sangat redup. Angin pantai sepoi-sepoi bertiup menjamah tubuh. Sungguh nyaman dan segar. Mampu membuatkan jiwa terasa tenang dan lapang. Namun itu semua tidak dirasainya. Apa yang dirasai ketika ini hanyalah kehangatan amarahnya.

Dia berjalan sambil kakinya berkali-kali menyepak tin kosong sehingga menyebabkan tin itu melantun-lantun tidak terarah.

Bicara ibunya masih terngiang-ngiang di telinga. Hatinya membentak mengenangkan kata-kata itu.

“Hanif, kamu berhenti sekolah sahaja laa nak.”

“Tapi ibu… Hanif nak bersekolah lagi.”

“Kamu kan tahu kita ini susah. Ibu dah tak mampu nak menampung yuran pengajian sekolah kamu.”

“Jika itu masalahnya, ibu jangan risau. Hanif boleh cari wang sendiri. Dengan wang itu dapatlah Hanif tampung yuran sekolah.” Hanif cuba menyakinkan ibunya.

“Kamu tidak kesiankan adik-adikmu? Ibu hanya mampu harapkan kamu sahaja. Kamu anak sulung, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini. Kamu juga masih sihat dan punya tenaga yang kuat. Ayah kamu sudah tidak mampu buat segalanya. Kudratnya sudah terhakis.”

Dia diam. Terpukul dengan kata-kata ibu. Dia ingin menjawab namun lidahnya kelu untuk bersuara. Memang benar kata ibu. Dialah satu-satunya lelaki yang masih berbaki dalam keluarga ini, yang masih punya tenaga kudrat yang kuat untuk menggalas tanggungjawab. Mahu atau tidak dia perlu mengakuinya.

Ayahnya sudah tidak mampu lagi mengalas tugasnya selaku ketua keluarga sejak kaki dan sebahagian badannya disahkan lumpuh selamanya akibat terlibat dalam kemalangan di tempat kerjanya dua tahun yang lalu. Maka sejak dari itu, segala tanggungjawab ayah semuanya terpaksa ditanggung oleh ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience