BAB 5

Family Completed 42786

“Tak tahulah bang nak cerita dari mana. Yang pasti sekarang ni, saya rasa dah tak ada semangat nak teruskan hidup.” Setelah lama berfikir akhirnya Hanif bersuara.

“Kenapa pula? Apa yang buat kau sampai hilang semangat ni. Setahu abang kau ni bukannya jenis yang cepat mengalah.”

Suasana menjadi sunyi seketika. Hanif hanyut dalam perasaan sendiri. Kekecewaan yang dialami sungguh menghimpit jiwanya. Lama dia mendiamkan diri. Menyusun kata.

Akhirnya Hanif mengalah. Dia menceritakan segalanya yang telah berlaku. Bermula dengan bagaimana kehidupan selepas pemergian Fahmi ke kota. Bertukar pula cerita berkaitan kelumpuhan ayahnya. Seterusnya kesempitan hidup yang semakin membebankannya dan akhir sekali tentang impiannya.

“Abang masih ingat impian saya dulu?” Kini giliran Hanif bertanya.

Fahmi mengangguk. Dia dari tadi tekun mendengar. Sesekali, ada dia mencelah.

“Saya tak rasa impian tu akan tercapai bang. Harapan dah pudar. Segalanya dah hancur. Tak guna ada impian menggunung pun, kalau akhirnya hidup saya akan terus begini. Terus berada dalam lingkaran kemiskinan.” Hanif meluah isi hatinya. Dia menundukkan mukanya. Sebak seketika.

Melihat keadaan Hanif, lekas-lekas Fahmi merapatkan dirinya kepada Hanif. Lalu memaut erat bahu anak remaja itu. Cuba menyalurkan kekuatan kepada Hanif.

Setelah mendengar cerita Hanif, tahulah dia betapa perihnya hidup Hanif dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Dia mula rasa bersalah kepada Hanif. Sepatutnya dia perlu ada di sisi Hanif. Membantu Hanif.

“Maafkan abang, nif.”

“Abang tak bersalah pun. Memang ni dah nasib saya.” perlahan-lahan Hanif bersuara. Nadanya kedengaran sedikit hampa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience