BAB 2

Family Completed 42786

Ibulah yang terpaksa berkerja siang dan malam. Memberi makan minum mereka sekeluarga.

Dulu ibu langsung tidak merungut tentang hal ini. Namun sejak kebelakangan ini, ibu sering kali mengeluh atas kesempitan yang dialami.

Dia tidak menyalahkan ibunya. Walaupun ibu berkerja sekeras manapun tetap jua dia seorang wanita yang punya keupayaan yang terbatas.

“Tanggungjawabmu membela keluarga ini maka tunaikannya, Hanif. Kau dah besar, dah mampu berfikir” Kali ini tutur kata ibunya kedengaran tegas.

Dia senyap tidak mampu bersuara. Cukup dengan ayat terakhir yang diungkap oleh ibunya buat dia terdiam kehilangan kata-kata.

‘Emak kenapa emak tidak terfikir dengan ilmulah kita dapat mengubah kehidupan kita ini. Dengan ilmulah kita dapat bebas dari kesempitan hidup yang menyeksakan ini. Dengan ilmulah kita tidak lagi dipandang rendah. Dengan ilmulah, Hanif dapat membela keluarga ini.’ Hatinya bermonolog sendiri.

Dia benci dengan hidupnya kini. Semakin hari, semakin banyak masalah yang perlu ditempuhnya. Dan masalah itu seakan tidak pernah surut mendatangi dirinya sekeluarga.

********

Sudah jauh dia berjalan membawa bersama lara di jiwa. Kakinya sudah lenguh kerana terlalu lama melangkah. Jadi, dia mengambil keputusan untuk berteduh sambil menghilangkan penat berjalan.

Di sebuah pondok tidak jauh dari pantai, dia duduk di atas bangku yang terdapat di situ sambil kakinya terjuntai ke bawah menguis-guis pasir pantai.

Suasana petang yang tenang bersama bunyi ombak yang menyentuh persisiran pantai sedikit sebanyak menyentuh jiwanya. Seketika kecelaruan yang bermain di fikiran dapat diusir. Dia cuba mendalami suasana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience