BAB 8

Family Completed 42786

“Imah…” Panggil Pak Sulaiman yang berada tidak jauh dari tempat Mak Imah berdiri.

“Ya, bang.” Cepat-cepat Mak Imah mendekati suaminya. Dia duduk bersila. Sopan tanda menghormati lelaki bernama suami.

“Ada apa bang? Abang lapar ke? Nak mandi? Atau abang nak apa-apa kah?” bertalu-talu pertanyaan ditujukan kepada Pak Sulaiman. Jelas menunjukkan keprihatinannya sebagai seorang isteri.

“Tak. Abang tak perlukan lagi semua itu.” Kata Pak Sulaiman sambil mengukirkan senyuman manis buat isterinya.

“Abang nak bercakap dengan Imah sekejap, boleh?”

Mak Imah mengangguk. “Cakap sajalah abang. Tak usah meminta izin.”

Seketika Pak Sulaiman mengunci bicara. Mak Imah di sisi masih setia menanti apa yang ingin disampaikan oleh suaminya.

“Abang tak nak Imah paksa Hanif berhenti belajar.” Lembut Pak Sulaiman memberitahu namun tetap di sebalik katanya itu ada ketegasannya.

“Tapi bang, kita tak mampu. Dengan keadaan…” Mak Imah mematikan kata-katanya. Dia tidak meneruskan bicaranya. Bimbang andai dia teruskannya juga nanti hati suaminya akan terguris. Lalu dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskannya.

“Abang faham situasi Imah. Dan abang minta maaf kerana di sebabkan keadaan abang yang begini, Imah perlu tanggung keluarga kita.” Pak Sulaiman yang ketika ini sedang duduk bersandar di dinding menggerakkan tangannya lalu diletakkan pada pipi mulus isterinya.

“Abang jangan fikir macam tu.” Mak Imah membalas pegangan tangan suaminya.

“Abang tak nak, anak-anak kita marah ataupun membenci kita hanya kerana kita musnahkan impian dan harapan mereka. Imah kena tahu anak-anak zaman sekarang bukannya macam kita dulu yang boleh dipaksa untuk menurut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience