BAB 4

Family Completed 42786

Hanif mengangguk-angguk. Seketika dia diam sambil melontarkan kembali pandangan ke pantai.

“Em, Abang tengok dari tadi kau ni asyik termenung? Fikirkan apa? Ke ada masalah?” tanya Fahmi. Hanif tersenyum tawar. Dia tidak menjawab pertanyaan itu.

Fahmi merenung tepat pada rauk muka Hanif. Cuba membaca apa sebenarnya menganggu fikiran anak muda itu.

“Kalau rasa berat sangat nak tanggung, apa kata kau kongsikan saja pada abang. Manalah tahu abang dapat membantu.” santai Fahmi bersuara. Dia dapat mengagak pasti Hanif sedang cuba untuk menyembunyikan sesuatu. Walaupun sudah lima tahun dia meninggalkan Hanif, itu tidak bermakna dia lupa segalanya tentang Hanif. Dia kenal benar Hanif.

Dulu, sebelum Fahmi berhijrah ke ibu kota. Hanif seringkali berkongsi cerita hidupnya ataupun masalah yang dihadapi pada Fahmi.

Bagi Fahmi, Hanif sudah dianggap seperti adiknya. Segala macam jenis masalah yang pernah hadapi Hanif, dia tahu. Walaupun Fahmi cuba sembunyikannya, tetap dia akan cuba membongkarkannya. Dia tahu Hanif tak mampu nak berbohong padanya jika ditanya berkait masalah. Fahmi bukan berniat untuk menyibuk atau mencampuri hal hidup Hanif. Niatnya hanya sekadar membantu meringan beban perasaan yang ditanggung Hanif.

Dia juga tahu tentang kesempitan hidup yang dialami oleh keluarga Hanif. Mereka senasib. Jadi itu tidak menyukarnya untuk memahami situasi Hanif.

Tetapi sejak dia meninggalkan kampung halamannya ini, dia tidak lagi berhubung dengan Hanif. Kerana kesedihan masa lalu, dia ingin melupakan segalanya yang pernah dilaluinya ketika waktu silamnya. Secara tidak langsung, dia hampir melupakan Hanif.

Hanif berfikir panjang. Berkira-kira sama ada mahu menerima ataupun menolak tawaran Fahmi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience