BAB 6

Family Completed 42786

“Kalau dah itu permintaan ibu kamu, abang rasa baik kamu ikuti saja apa yang disuruhnya.”

“Tapi bang, secara jujur. Saya nak terus belajar. Kenapa ibu tak fikir semua tu? Kalau pun saya bekerja. Tambah-tambah berkerja kat kampung ni, berapa sangat yang saya dapat? Sama saja tak mampu nak ubah hidup kami sekeluarga.”

“Habis tu, apa yang kau nak lakukan? Mahu ke ibu kota sama seperti abang?” Fahmi cuba menduga.

Hanif tidak bersuara.

“Jika terpaksa. Mungkin itu yang bakal saya lakukan. Lagipun, hanya jalan itu yang saya nampak sekarang. Dah ibu berkeras tak nak beri peluang saya belajar. Baik saya keluar saja dari kampung ini. Cari kerja di Bandar.” Kedengaran Hanif bertekad dengan keputusan baru yang dibuatnya.

Fahmi diam tatkala mendengar jawapan Hanif. Rasa menyesal pula Fahmi dibuatnya kerana bertanyakan hal itu. Dia senyap seketika untuk memikirkan nasihat terbaik yang dapat diberikan kepada Hanif.

“Jangan kerana marahkan ibu kamu, kamu nak tinggalkan kampung ini.”

“Dah ibu juga yang nakkan saya bekerja.” Hanif meningkah.

“Memanglah. Tapi bukan bermakna kamu perlu tinggalkan kampung ini. Kau tak boleh tinggalkan keluarga kamu, Nif. Kau tak boleh nak ikut jejak langkah abang. Kita tak sama. Kau masih ada tanggungjawab yang perlu kau pikul di sini.”

Ya, mungkin dari segi hidup mereka senasib. Tetapi dalam hal ini mereka tidak sama kerana Fahmi merantau ke ibu kota setelah beberapa bulan pemergian kedua-dua ibu bapanya ke rahmatullah akibat terkorban dalam satu tragedi kebakaran lima tahun yang lalu.

Di kampung ini dia tidak punya sesiapa lagi memandangkan dia merupakan anak tunggal dan tidak punya saudara-mara. Maka di sebabkan itu dia merantau untuk menjalani hidup baru setelah kehilangan mereka yang dicintai di samping mengubah nasib diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience