BAB 7

Family Completed 42786

Berbeza dengan Hanif. Dia masih mempunyai kedua-dua ibu bapanya yang perlu dijaga. Punya adik-adik yang perlu dilindungi dan dibela. Oleh kerana itu, Fahmi sama sekali melarang Hanif bertindak sama seperti dirinya.

Namun Hanif seperti berkeras dengan tindakkannya itu.

“Jika dah itu keputusan kamu. Abang tak boleh nak kata apa-apa lagi. Tapi hanya satu yang abang nak nasihatkan. Jangan nanti bila kau dah lakukan, baru kamu nak menyesal dengan tindakan kamu meninggalkan mereka. Kau kena ingat, jika kau hilang harta, kau boleh cari dan dapatkan kembali. Tapi kalau kau hilang keluarga, kau tak pernah mampu mencari dan mendapatkannya kembali.” tegas Fahmi. Dia memandang ke arah Hanif. Merenung mata Hanif.

Hanif mengalihkan pandangan kearah lain. Dia tidak berani membalas renungan mata Fahmi.

“Kebahagiaan hidup kita sebagai seorang anak ni hanya mampu kita dapat bila kedua-dua ibu bapa kita redha ke atas kita. Tak guna suatu hari nanti andai kau mampu mengubah nasib diri keluarga kamu namun tindakkan kamu itu langsung tidak mendapat redha dari ibu bapa kamu.” Kali ini lembut nasihat daripada Fahmi. Dia cuba untuk melenturkan hati Hanif.

Hanif hanya memasang telinga. Yang pastinya, hatinya kini disentak kuat oleh kata-kata Fahmi. Fikirannya mula mempertimbangkan apa yang telah dipertuturkannya sebentar tadi.

‘Benarkah aku mahu melakukan itu?’ Dalam hati, dia menyoal diri sendiri.

**********

Ketika ini, Mak Imah baru sahaja selesai mengangkat baju di jemuran. Sesekali dia menjenguk ke jendela kayu. Memandang ke arah jalan menanti Hanif yang masih belum-belum pulang lagi dari pagi tadi.

Dia mengeluh. Rasa bimbang mula menyelubungi perasaannya kini.

“Ke manalah kamu pergi ni Hanif.” Keluh Mak Imah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience