Bab 23

Romance Series 2204

"ASTAGFIRULLAH HALAZIMM.. dah berapa kali aku tak solat ni..." rintih Hanis. Rasa takutnya sudah menipis. Yang ada cuma rasa bersalah pada NYA.

"Kau nak solat ke... Orang perampas macam kau ni tahu solat... " ejek Sara. Dendamnya sudah membuak buak.

"Sara, ni permintaan terakhir aku. Tolonglah bagi aku solat. Aku nak minta ampun. Aku nak berdoa agar kau diberi hidayah.." satu penampar sudah sampai ke pipi Hanis. Mukanya sudah merah..

Sudahlah disakiti Pisau Syahir dengan menghiris mukanya. Kini ditambah lagi dengan penampar.

"Jangan kau berani cakap macam tu.." nampaknya syaitan sudah menguasai dirinya..

Sara menarik sesuatu daripada poketnya. Dia tersenyum sinis.

Mata Hanis sudah terbeliak. Itu, itu pistol. Nampaknya dia telah menyiram minyak ke api yang sudah membara.

"Kau, kau akan mati, Hanis!" teriak Sara. Syahir yang bersembunyi pun sudah memunculkan diri.

Tangan Sara menggeletar. Dia pun tak tahu perkara yang dia lakukan betul atau tidak.

"Sara..."

"Arrgghhhh... Aku benci kau Hanis!!"

Dia memicit pistol nya. Dia tekad.

Booomm!!!

Adakah aku dah mati? Adakah ini rasanya mati? Kenapa tak rasa apa apa?

Hanis membuka matanya. Apa!

"Aaaa.... Ha.. Hafiyzz... Jangan...."

Dia kini di dalam dakapan Hafiyzz. Hafiyzz tersenyum. Darah merah sudah mengalir di tangannya.

Hafiyzz kemudian jatuh dari dakapan Hanis.

Dengan pantas dia mendapatkan Hafiyzz.

Dia dapat melihat Hafiy dan Hazriq masuk serta beberapa orang polis.

"Tak! Tak! Aku nak perempuan tu mati.. Bukan awak Hafiyzz.." Sara terkejut dan dia mahu mendapatkan Hafiyzz tapi ditahan oleh seorang polis. Dia dan Syahir digari lalu dibawa keluar dari perpustakaan puaka itu.

"Hafiyzz Jangan pergi... Siapa nak kawan dengan saya lagi.... Bertahan ya ..."

Hafiyzz dengan payah membuka matanya.

"Hafiyzz cinta Hanis..."

"Mengucap Hafiyzz... " Hafiy menolong Hafiyzz untuk mengucap.

Hafiyzz memejamkan matanya.

"Tidak!"

Hanis tergolek di tepi Hafiyzz. Nampaknya dia sudah pengsan.

"Along! Hafiyzz!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience