Bab 9

Romance Series 2204

HUSNA berdiri, dia memandang wajahku tidak percaya. Yalah, siapa nak percaya budak yang suka buat lawak dan prank ni.

"Husna, please maafkan saya. Saya Tak tahu kenapa boleh jadi macam ni. Please Husna.." aku merayu. Tak boleh senang duduk dibuatnya.

Husna hanya tersenyum lalu meninggalkan aku.

Aku hanya bermuram. Makan pun sudah Tak ingin. Aku rasa bercakap apabila perlu je kot. Kadang kadang aku rasa macam hendak keluarkan air mata. Lepas tu, aku hanya tidur tanpa mimpi indah seperti sebelum ini.

Apalah namanya hidup jika tiada kepercayaan orang sekeliling?

PINTU dibuka dari luar. Kelihatan abang Husna menjenguk aku. Aku pula buat buat tidur. Tidak mahu bersembang dengannya.

Eh jap! Rambut aku Ada pelindung ke tidak? Oh no! Aku terus menarik selimut sampai semua tertutup.

Aku terdengar dia ketawa. Woi, apasal kau ketawa hah? Patutnya beristirgfar, nampak aurat orang. Lah Tak keluar keluar lagi. Tapi inikan rumah dia, suka hati lah. Adushhh..!!

Nampak seperti dia Tak keluar lagi, aku bertanya, "Pak cik percaya kan saya?" Wow! Pak cik! Tak hingin aku panggil dia abang. Meluat.

Gelak ketawa dia terhenti. Pasti Ada dua sebab. Yang pertama aku panggil dia pak cik. Yang kedua sebab aku Tanya dia percaya Tak ke aku.

"Huhhh.." aku melepaskan nafas. Nampaknya tiada siapa percaya dekat aku.

"Mak cik, pakcik tunggu Kat beranda eh. Nanti luahkan." nampaknya dia dah berani. Eh.. aku muda lagi Tau. Ada ke Mak cik. Dia tu takpe la, Pak cik. Eh, Pak cik, makcik. No..no..no..

"Hmm.." aku hanya mengiakan.

Pintu bilik hanya ditutup.

PERLU ke aku pergi situ. Ala.. malaslah. Tapi kalau aku Tak pergi, dia datang bilik kan. Perlu, perlu..

Aku melihat ke cermin. Aku ke ni? This is Hanis?
Aku memang Tak kenal orang Kat depan cermin aku Ni. Tengok mata. Ada lingkaran hitam. Nasib Tak hitam macam panda. Malas lah nak mekap mekap. Ni first time aku jumpa lelaki tanpa mekap selain ayah, abang Dan sepupu sepapak. Aku melilitkan tudung selendang milik Husna di kepalaku. Aku menarik nafas lalu menghembuskannya. Lalu aku menapak keluar dari bilik. Rasanya Ni Kali pertama aku keluar dari bilik Ni. Segarnya badan. Aku berjalan ke tempat tujuan.

Aikk?? Tak de lagi?? Berapa minit dah aku tunggu Ni. Aku duduk di atas sofa. Lama kemudian, aku tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience