(Dalam episod yang lepas, Hana ada beritahu yang Hafiyzz dah bawa kereta masa Hanis masih sekolahkan? Jadi dia dah tua... Mesti dia dah tua bila Hanis dah 20 tahun.. Tapi bayangkanlah yang Hafiyzz ni masa tu guna driver dan rumah tu rumah family dia. Jadi Hafiyzz dalm tingkatan 3 masa Hanis tahun 6 ok... Sorry atas kesilapan....)
"ADA apa Hafiyzz nak jumpa Sara ni? Sebab Hanis ke?" Sara, kawan Hanis yang datang haritu berjumpa dengan Hafiyzz atas permintaan Hafiyzz sendiri.
Mereka bertemu di restoran KFC. Tu pun setelah dipujuk berkali kali.
"Salah ke nak jumpa? Ke ada rahsia yang Sara simpan ke Hafiyzz?" Hafiyzz bertanya sinis.
Sara mempamerkan muka yang resah... Susah betul nak cover... Kan dah kena syak dengan Hafiyzz. Cubalah cover sikit... Adoii...
"Kalau datang nak buat kacau, baik bla je!" kasar Sara membalas.
Minah ni nak kena, aku datang baik baik kau nak cari masalah... Nak makan pelempang jugak ni...
"Lebih baik kau bagitau apa yang kau sembang dengan Hanis masa kau datang melawat.." minta Hafiyzz. Dia benar benar mengharap...
"Lain macam Sara tengok Hafiyzz bagi tumpuan lebih pada Hanis, ada perasaan lain ke??" tersengih Sara. Tanpa sedar, dia tengah menguji kesabaran Hafiyzz.
Panggg!!!!
Berdesing telinga Sara dibuat nya. Merah padam mukanya kerana dilihat drama buatan mereka berdua di hadapan umum. Mesti dia dicopkan banyak banyak nama. Yang pastinya tidak sedap didengari...
Jangan main main bila Hafiyzz sudah marah...
"Kau biadap eh!??Aku ulang lagi sekali, apa yang kau hasut pada Hanis haritu??!!" Hafiyzz sudah menggila.
"Encik, puan, bawa bersabar... Kita dekat umum ni.." celah seorang pekerja restoran.
"Diamm!!!" kedua duanya berkata serentak.
Merah padam muka pekerja itu. Tak pasal pasal kena juga.. Nasib...
Pekerja itu terus berlalu..
"HANIS, kau dah baik? Aku... Sara... Kawan baik kau dari sekolah rendah..." Hanis seperti mahu mengingati. Malangnya tidak juga dikenali... Padahal baru jumpa seminggu yang Lalu.
"Ermm... Boleh tinggalkan kami Tak?" Puan Halwa menarik tangan Encik Rayyan keluar. Disusuli Hafiy Dan Hafiyzz.
Sara kembali menoleh Hanis. Tapi dengan renungan tajam.
"Kau Tau Tak siapa yang buat kau macamni? Siapa yang suruh Lori tu langgar kau... Aku lah..." Dengan bangga Sara mengakuinya.
Hanis tergamam.
"Tapi, kenapa?" Tanya Hanis polos.
"Sebab peristiwa perpustakaan tu. Kau tahu Tak yang dekat dalam pss tu, mak Aku... Dia merana tahu Tak? Kau dah buang diari dia yang menjadi tempat Aku berbual dengan dia... Tanpa diari tu, Aku Tak tahu pun Mak Aku mati sebab ni Mak Aku terkurung dalam tu disebabkan tragedi kebakaran 2012.... Mak aku mati sebab dia selamatkan kau.... Dan kau pergi macam tu je..." Sara menjelaskan.
"Tapi... Aku Tak sengaja.."
"Aku ingat kau mati... Tapi kau Ni liat sangat... Baik mampus je, senang kerja Aku ..."
Sara mengutip bantal Lalu menekupnya ke muka Hanis. Hanis meronta ronta tapi apakan daya kudratnya Tak cukup kuat... Lama kelamaan dia berhenti....
Alat pengesan Nadi pun semakin berkurangan. Hanya menunggu untuk 'teeettt'.
"Hmm... baik kau mampus!"
Dia tersengih. Lama merenung muka Hanis.. Lagaknya seperti psiko, sakit jiwa..
Sara lari keluar pintu.
"Makcik.. pakcik, Hanis pengsan!" Muka dibuat buat menangis... Air mata tiruan...
"Ya Allah! Anakku ..." menangis Puan Halwa.
Doktor dan nurse bergegas ke bilik hanis...
Baru puas hati Aku!!! Biar kau mati .. Baru Aku boleh ambil Hafiyzz ......
Share this novel