Bab 6

Romance Series 2204

SELEPAS tusyen Teacher Nad, kami semua bersiap sedia pulang ke rumah. Nasiblah kami semua boleh kawal perasaan semasa di kelas.

Dari sikit hingga sikit, semua hampir balik. Tinggal aku dan Husna sahaja.

"Hanis, Husna pergi isi air kejap ya" panggilan Hanis dan Husna lebih rapat baginya.

"Alright! Hanis tunggu Husna. Cepat sikit Tau..." aku memberi jaminan. Husna berlalu dengan segera sambil membawa botol airnya ke water cooler. Sekolah kami memang menyediakan perkhidmatan ini.

Tiba tiba, muncul satu kereta Alza dihadapan pintu pagar. Sudah pasti itu kereta Husna kerana aku kereta Izora. Macamlah itu kereta kami.

Aku membuat keputusan untuk tidak memanggil Husna kerana dia pasti datang sebentar lagi. Sebenarnya dalam hati aku memang mahu dia balik lambat sedikit kerana aku mesti keseorangan nanti.

Tetapi selepas 5 minit pun Husna tidak datang. Kereta Alza pun mulai menghonkan keretanya. Aku yang sudah sakit telinga pun mengangkat tangan untuk menawarkan diri memanggil Husna. Baru senyap dan nyaman.

" Husna! Husna! Abang awak dah sampai! " namun tiada jawapan.

Aku pergi ke water cooler. Husna tiada! Aku memanggilnya lagi.

Tiba tiba mata ku tebehenti di satu sudut yang dinamakan tangga. Tangga itu adalah jalan ke perpustakaan.

Aku menelan air liur.

"Husna?" aku berjalan mendekati tangga. Kelibat husna mulai kelihatan. Namun , dia tengah terbaring di atas tangga.

"Ya Allah! Husna!" aku berlari mendapati Husna. Mukanya kebasahan seperti disiram. Tudung dan baju pun basah teruk. Aku melihati botolnya yang tadi penuh dengan air sudah pecah.

Aku mengalirkan air mataku . Ya Allah, apa dah terjadi. Aku hendak memanggil abangnya tapi, aku tidak sanggup meninggalkan Husna . Akhirnya, lalu mengambil keputusan untuk memanggil abangnya.

Aku berlari sepantas mungkin. Air mata sudah membasahi tudungku. Aku pergi ke kereta abang Husna lalu membuka pintu kereta.

" Kenapa ni??" dia bertanya. Aku mendiamkan diri Dan mencapai tangannya yang berbaluti kemeja panjang lalu menarik untuk pergi ke tempat Husna pengsan. Aku sudah tidak mampu berkata kata.

Apabila sampai, dia kelihatan terkejut melihat adiknya. Aku cuma mahu menangis. Sungguh lemah diriku ini.

Dia mencempung tubuh Husna lalu turun tangga. Aku pula duduk di situ. Tidak tahu buat apa.

Aku memandang ke arah perpustakaan. Langsir yang diselak tadi sudah tidak terselak.

Tanganku rasa sakit. Darah! Tanganku berdarah! Aku terkejut. Tiba tiba rasa seperti dunia ini berpusing pusing. Aku terlihat abang Husna mendekati aku. Sudah pasti hendak melihat aku yang tidak menganjak dari situ.

Abang Husna seperti Ada dua atau tiga . Rasa seperti kelopak mataku semakin memberat.Tubuhku seperti tumbang. Dan terus gelap gelita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience