Bab 26

Romance Series 2204

PERIT!

Tiada siapa yang ketahuinya.. Mungkin Allah mahu aku bertaubat ke pangkal jalan.
"Maha suci Allah yang ditangannya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadanya kamu dikembalikan (83)" Surah Yasin..
Kedengaran sayup sayup suara di tanah perkuburan Islam.

Hafiyzz menangis dalam diam. Hanya kedengaran esakan kecil.

Bahunya diusap untuk ditenangkan. Hafiyzz menoleh ke kanan. Lagi teruk orang tu menangis.

"Abang, bawa bersabar. Semua yang hidup pasti mati.. Banyakkan sedekah Al Fatihah." isterinya tersenyum menenangkan diri.

"Terima kasih, sayang. Jom balik" Hafiyzz membalas senyuman isterinya.

Dia mendapatkan tangan isterinya. Lalu mereka masuk ke dalam kereta.

Sara. Maafkan aku kerana aku penyebab kau jadi begini.

Disebabkan isteriku ini aku berpeluang dapat melihat dunia ini lagi. Terima kasih, sayang..

Dialah Hanis Farhana. Sudikah menjadi peneman hidup saya untuk selama - lamanya?

3 BULAN YANG LEPAS

"Mana Hanis?"

"Fiyz, jom ikut Mama. " Hafiyzz dialihkan ke kerusi roda. Puan Syaza menolak kerusi roda ke wad sebelah.

Pintu dibuka.

Bibir nya mengukir senyuman.

Dia dapat melihat Hanis masih terbaring di atas katil. Puan Syaza menolak kerusi roda ke sebelah katil Hanis. Lalu keluar ke wad Hafiyzz.

"Terima kasih Hanis. Kau dah beri aku peluang untuk hidup. Terima kasih. Aku, aku sayang kau..."

"Hafiyzz.." Dia menoleh ke belakang. Sempat lagi mengesat air mata yang sudah lama jatuh.

" Ni, Along wasiat kan aku untuk bagi kau." Dia menyambut sepucuk surat yang berukiran bunga indah.

"Satu lagi.."

Hafiy merapatkan mulutnya ke telinga Hafiyzz.

"Kau tak bertepuk sebelah tangan..., abang long " Air matanya jatuh lagi.

Dia membuka surat itu walaupun tangan sudah bergeletar.

Bismillah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kehadapan Hafiyzz Falfalah,

Assalamualaikum..

Saya tahu awak boleh teruskan pembedahan ni. I know you strong. Tapi tak tahulah saya boleh ke tak teruskan hidup...

Terima kasih sebab selamat kan saya... Kalau tidak saya mungkin tak dapat lihat dunia ni lagi..

Awak jangan marah tau sebab saya nak share buah pinggang kat awak. Mungkin ini caranya untuk membalas jasa awak.

Saya ada satu permintaan. Mungkin hambar tapi saya harapkannya.

Kalau saya berpeluang melihat dunia ni,

Sudikan menjadi perlengkap hidup saya?

Yang dikasihi,

Hanis Farhana

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience