AKU rasa seperti dahiku basah. Perlahan aku membuka kelopak mataku. Terlihat seorang wanita sedang tersenyum kepada ku.
Aku hendak bangun dari pembaringan. Tetapi dia menghalang.
" No no no miss.. Don't wake up" aku tidak jadi bangun.
Sebenarnya apa yang terjadi? Aku dimana ni?
Tiba tiba, aku ternampak kelibat Husna masuk bilik ini.
"Husna.." aku tersenyum. Gembira dia terselamat. Lantas aku memeluknya. Dia membalas pelukan ku.
"Err..." aku di mana ni? Macam bukan hospital. Aku memandang tubuh ku yang sudah berbaju lain, bukan berbaju sekolah. Aku juga tidak bertudung. Tanganku juga berbalut seperti Doraemon satu tangan.
" Ni rumah abang Husna. Dia dah call parent Hanis. Diaorang akan sampai sebentar lagi. Mak Mah yang tukar baju Hanis.Dokter cakap tangan Hanis luka tapi tak tahu sebab apa." ohh.. Ni rumah abang Husna. Wau! besarnya.
Lega juga bila dengar Mak Mah yang tolong tukarkan baju.
Tapi bila aku tidak bertudung ni... Orang tu masuk ke?
Dokter cakap Tak tahu kenapa tangan aku berdarah? Oh my!!
"Siapa yang bawa Hanis?"
"Abang angkat..."dia tersenyum. What??? Kenapa dia??
"Mana baju Hanis pergi???" aku Tanya.
" Baju Hanis abang pergi basuh kat kedai. Baju Hanis banyak darah. Banyak sangat." aku menelan air liur. Ada dua sebab. Yang pertama, banyak darah. Yang kedua abang Husna pergi basuh. Why him??!! Kenapa dia lagi!!!
"Kenapa tangan Hanis berdarah teruk?" Tanya Husna.
Aku cuba mengingati apa yang berlaku tadi. Terasa sangat sakit kepalaku. Ingatan kembali menerjah. Aku mengerang kesakitan. Aku mahu memberhentikannya tapi ia tetap menerjah mindaku.
Share this novel