"ASSALAMMUALAIKUM mama.." Hafiy dengan mukanya yang berkerut memberi salam.
"......."
"Kenapa mama nangis? Cuba cakap elok elok" pinta Hafiy.
"........"
"Apa!!!" terlepas telefon di dalam genggamannya. Air matanya sudah jatuh.
"Kenapa ni Hafiy?" tanya Hafiyzz.
"Along.... hilang...." jantung Hafiyzz tersentak.Kepiluan yang dialami turut dirasai. Air mata nya hampir jatuh.
"Hafiy.... Kita, kita balik ok" dia cuba berlagak tenang lalu membawa Hafiy ke dalam kereta.
Tentang perpustakaan terus dilupai....
MATANYA terkelip kelip. Kenapa aku kat tempat gelap ni?
Dia cuba menggerakkan tubuhnya tetapi disekat. Dia memandang tubuhnya yang sudah diikat di kerusi. Kenapa.... aku diikat?
"Tolong..." Hanis menjerit.
Tap! Tap! Tap!
Hanis berhenti menjerit. Kedengaran seorang perempuan ketawa. Meremang bulu roma.
"Hanis Hanis.... Jeritan kau tak membawa makna .." kata Sara dengan sinis.
"Apa kau nak dengan aku?" tanya Hanis. Walaupun ketakutan tapi dia cuba menunjukkan tidak gentar.
"Aku nak tuntut hak aku..."
"Aku tak ambil apa apa pun..." Hanis berkerut.
"Kau dah ambil Hafiyzz. Kau dah curi dia daripada aku." Sara sedang diamuk kemarahan.
"Kau ambillah. Bukan kisah aku... Tapi tak tahu lah yang dia sukakan kau tak" kata Hanis selamba.
"Disebabkan kau dia tak pandang aku. Sebab dia cintakan kau Hanis" Sara sudah diamuk kegilaan.
Hanis tersentak. Dia merenung dirinya. Hafiyzz cintakan aku? Kenapa aku tak tahu? Adakah dia sudah buta menilai hati seseorang? Air mata Hanis sudah pun menitik.
"HAFIY, bawa bersabar..." Hafiyzz cuba menenangkan Hafiy. Sejak di dalam kereta dia asyik menangis.. Bukan dia tidak tahu bagaimana rasa kehilangan Hafiy tapi dia cuba menyembunyikannya. Cuma Allah sahaja yang tahu perasaan hatinya.
Hatinya sudah mati mendengar perkhabaran tentang Hanis. Mahu sahaja dia meraung tapi disimpan di dalam hati hanya untuk adik kekasih hatinya. Dia perlu kuat untuk Hafiy.
Sampai sahaja di rumah. Hafiy terus mendakap mama dan papanya. Esakan sudah semakin berkurangan. Seorang gadis bertudung biru berlari mendapatkan Hafiy.
" Angah dah balik dari UM?" tanya Hafiy. Rupanya itu adalah adik kepada Hanis dan kakak kepada Hafiy. Di sebelahnya, seorang pemuda yang sedang memujuk Qiysya yang sedang menangis bagai mengerti.
"Adik, macamana dengan Along. Kat mana Along?" tanya pemuda itu. Orangnya segak dan bernama Hazriq.
"Adik pun tak tahu, Abangngah.. Adik baru balik dari perpustakaan sekolah Qiysya..."
" Buat apa pergi sana malam malam ni?" tanya Angah yang bernama Harlin.
"Errr..... " Hafiy menjeling Hafiyzz.
"Kami pergi sana atas permintaan Hanis...." pintas Hafiyzz.
"Kamu ni siapa..?" tanya Harlin. Harlin Dan Hazriq memandang pelik.
"Saya ni..." mungkin bukan masa yang sesuai untuk mencelah.
"Ni Hafiyzz, kawan Along." dengan cepat Hafiy memintas.
"Along dah ada boyfriend ke?" Harlin sudah serkap jarang.
Dengan perlahan Hafiyzz menggeleng. Mukanya merah. Apabila dia menoleh ke Hafiy, Hafiy sedang mengangguk bagaikan burung belatuk. Dia menyiku Hafiy.
"Ini bukan masanya untuk bergurau.. Cuba bagitau Abangngah kenapa Along suruh korang pergi perpustakaan Qiysya." bagai seorang detektif, Hazriq bertanya.
Hafiy mula bercerita.
Hafiyzz pula di dalam Awang awangannya...
Share this novel