BAB 7

Adventure Completed 394

Tiba-tiba aku terlihat sesusuk tubuh manusia yang baru muncul entah dari
mana. Di tangannya terdapat sepucuk pistol. Aku kaget. Wajahnya tidak
dapat aku lihat dalam kegelapan malam. Carmen menoleh apabila dia turut
mendengar derap kasut lelaki itu yang berada di dalam rumahnya.

“Chi sei tu?”(Siapa kau)” Carmen bertanya.

Tidak terdengar sebarang jawapan, hanya peluru yang meluncur laju ke
arah Carmen. Aku menolak Carmen dengan pantas ke tepi hingga dia jatuh
dari kerusi. Peluru itu kesasar, mengena bahu Carmen. Dia terus rebah
sambil mengerang kesakitan. Pembunuh upahan yang baru muncul dari dalam
kegelapan itu terkejut melihat aku ada bersama dengan Carmen.

“Marini?” suara Paul terdengar kaget, terkejut.

“Paul?” suara aku juga tergantung di udara.

Tekakku terasa kering. Lidahku kelu. Aku memerhati Paul yang berdiri
gagah di tengah ruang. Wajahnya makin jelas di bawah sinar lampu yang
bergemerlapan di siling anjung. Carmen masih terdengar mengerang
perlahan sebelum dia jatuh pengsan.

“Maaf Marini. Saya terpaksa lakukan ini. Walaupun saya dah jatuh cinta
pada awak... tapi... tapi awk... Awak dah tengok muka saya.” Paul
mengangkat pistolnya dan menghalakannya ke arahku.

“Tidak... Paul! Jangan... jangan Paul!”

“Memang saya tak pernah minta maaf dari mangsa-mangsa saya sebelum ini.
Tapi saya terpaksa minta maaf pada awak, Marini. Saya sukakan awak, tapi
saya terpaksa bunuh awak. Maaf sayang.” Airmata Paul mengalir perlahan.

“Saya mahu berhenti kerja terkutuk ini kerana awak... tapi... mengapa
ini yang harus terjadi?” soal Paul lagi.

Aku pejamkan mataku. Mungkin sudah tiba waktuku untuk kembali kepada
Tuhan. Aku menanti Paul menarik picu pistolnya. Tapi itu semua tidak
pernah terjadi. Tiada letupan pistol dan tiada peluru yang berlari ke
arah dadaku. Kala aku buka mata, Paul sudah hilang entah ke mana.

Perjalanan ke Lugano jadi perjalanan yang paling aneh dalam hidupku.
Entahlah, samada aku sanggup untuk ke Lugano lagi selepas ini ataupun
tidak. Tapi aku akan merindui wajah Paul dan rentetan perjalananku
dengan si dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience