BAB 5

Adventure Completed 394

Aku terpegun, diam tanpa suara.

“Saya jatuh cinta pada awak,” kata Paul lagi.

Aku terkejut mendengar kata-katanya. Tambah mengejutkan lagi apabila
Paul menyambung kata; “Sebenarnya saya ikut awak pagi tadi semasa awak
keluar dari hotel. Saya ikut awak ke stesen dan berdiri di belakang awak
masa awak tengok jadual perjalanan ke Lugano pagi tadi. Saya sengaja
berdiri rapat di belakang awak.”

“Apa?” Dahiku berkerut dan dadaku berdebar-debar kencang. Dia dapat
membaca rasa panik dan bimbang yang mewarnai wajahku saat itu.

“Mungkin awak tak sedar, kita tinggal di hotel yang sama. Bilik
bersebelahan.”

Wajahku berubah jadi pucat. Rasa takut mulai menjalar dan meramas hatiku.

“Jangan takut. Saya tak berniat jahat pun. Saya semakin tertarik pada
awak setelah kita berbual-bual tadi. Tentang hidup dan tentang agama
awak. Selama ini saya sangka, orang Islam tu ganas”

Aku menggigit bibir yang bergetar. Hilang suara. Hilang idea untuk
membalas kata-katanya.

“Awak tahu kan saya tak ada pegangan agama. Tidak pernah percaya pada
apa-apa selain dari diri sendiri. Selama ini saya hidup sendiri, saya
tak pernah bergantung pada sesiapa. Saya pergi ke mana saja saya suka,
menikmati hidup ini dengan penuh nikmat. Saya seorang pengembara, sudah
jauh perjalanan saya. Saya fikir, saya mahu berhenti di satu tempat.
Tempat di mana awak ada. Kalaulah boleh...”

“Awak tak ada keluarga?”

Dia menggeleng. Rasa debaran di dadaku mulai menurun perlahan-lahan. Aku
dapat rasakan bahu kami saling bersentuhan. Bahang kehangatan tubuhnya
buat aku rasa sedikit selesa. Rasa takut sudah bertukar. Aku semakin
senang dengan kehadirannya di sisiku biarpun kami baru kenal beberapa
jam yang lalu.

“Sudah lama saya hidup seorang diri,” beritahu Paul.

Perjalanan dari Bellinzona ke Lugano terasa begitu cepat. Keretapi sudah
pun tiba di stesen Arth Goldau dan stesen berikutnya adalah Lugano. Aku
dan Paul akan berpisah. Paul punya urusan bisness yang tidak ingin
dikhabarkannya padaku. Dia hanya berkata; “Saya mahu berhenti kerja.
Walaupun keputusan ini mendadak tapi saya rasa tugas ni adalah tugas
terakhir. Saya mahu berubah. Harap saya boleh jumpa awak lagi.”

“Jumpa saya? Untuk apa?”

“Untuk mulakan satu hubungan,” kata Paul sambil mengenyitkan mata. Bola
matanya yang berwarna biru pekat kelihatan bersinar ceria. Penuh
harapan. Hatiku tiba-tiba jadi kembang. Wah! Biar betul! Nampaknya dia
benar-benar terpikat padaku?

Bolehkah dipercayai kata-katanya itu?

Di mana kita harus jumpa cik...” tiba-tiba dia menggaru kepalanya yang
tidak gatal.

Aku belum memberitahunya namaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience