BAB 4

Adventure Completed 394

“Memanglah mak percaya. Sejak dulu beli kat kedai dia. Masa zaman kau
sekolah dulu pun, beli barang-barang sekolah di kedai dia juga,” kata
emak lagi.

“Kapalterbang yang hilang tu,” kata Paul sebelum sempat aku memberikan
sebarang fakta benar tentang negaraku tercinta.

“Kapalterbang dari Malaysia, bukan?” dia membedilku dengan soalan tanpa
sempat aku menyediakan perlindungan.

Aku terdiam sejenak, gagal untuk menafikannya. Walaupun aku mengikuti
setiap perkembangan berita dari Malaysia mengenai kapalterbang yang
hilang itu, namun gagal untuk meyakinkan Paul sesuatu. Kapalterbang itu
hilang secara misteri dan sehingga kini masih tertanya-tanya apakah yang
terjadi. Masakan aku mahu memberikan fakta-fakta yang penuh bersifat
spekulasi semata-mata.

Aku teringat kata-kata sepupuku yang bekerja di PBB beribu pejabat di
Geneva.

“Tidak dapat dinafikan bahawa Asia kini menjadi sasaran Barat untuk
menghentam dan menuduh sebagai sebuah negara yang menaja keganasan.
Sedangkan segala yang berlaku berpunca dari Barat juga,” kata Abang Rahmat.

“Abang Mat, takkan kita nak berdiam diri bila Asia dituduh macam tu?
Walaupun mungkin wujud pengganas seperti kumpulan Abu Sayyaf dan
Al-Qaeda yang menular hingga ke Indonesia, tapi tidak sehebat Mafia di
Itali dan Israel kan? Israel menguasai ekonomi Amerika. Sama macam orang
Cina menguasai ekonomi Malaysia. Orang Melayu bukantak sedar hakikat
ini, tapi kita tak dapat buat apa-apa. Sejak di zaman pemerintahan
raja-raja Melayu Melaka, orang-orang Cina datang berdagang ke Tanah
Melayu. Orang Melayu pula asyik dengan bersabung ayam, malas bekerja.”

Abang Rahmat tertawa mendengar kata-kataku itu.

“Rin, tak patut cakap gitu. Pemikiran orang-orang Melayu bukan lagi
berada di takuk lama tu dik. Orang-orang Melayu sudah ramai yang ada
kesedaran tentang pelbagai aspek hidup. Bukankah sudah ramai orang
Melayu yang berjaya dalam politik, perniagaan, dalam bidang keagamaan,
sudah ramai lahir ulama-ulama. Tu bukti kesedaran dan kegigihan orang
Melayu untuk berubah.”

“Tapi masih ada kelompok yang tak berubah bang! Sebenarnya ramai yang
masih hidup dalam angan-angan menanti ganjaran dari kerajaan. Bila
keluar je duit Br1m berkejar pergi bank. Kalau pasal kerja, ramai yang
suka ponteng. Kalau pasal menagih dadah, serah pada budak-budak Melayu.”

“Amboi! Walaupun Rin duduk di sini tapi tahu semua yang berlaku di
Malaysia ya?” sindir Abang Rahmat.

“Mak selalu telefon Rin, cerita macam-macam,” beritahuku sambil mengulum
senyum.

Tiba-tiba aku terfikir bahawa lelaki di sebelahku ini mungkin seorang
bangsa Israel? Jumlah mereka memang tidak ramai di dunia ini tetapi
mereka manusia yang berjiwa kental, kuat semangat dan bijaksana.

“Awak percaya pada agama?” aku bertingkah, enggan menjawab soalannya tadi.

Dia kelihatan agak terperanjat mendengar pertanyaanku. Dia terdiam agak
lama kemudian berkata. “Saya tak pernah memiliki apa-apa agama,”
beritahunya.

“Kenapa begitu?” aku bertanya.

“Saya tak percaya pada Tuhan.”

Masya Allah... kataku sambil menepuk dada. Bagaimanakah harus aku
katakan supaya pendiriannya tentang Tuhan berubah. Tidakkah dia melihat
alam yang terbentang luas ini siapakah penciptanya? Siapa yang
menjadikan siang dan malam? Siapa yang menggerakkan bumi di atas
paksinya dan berjalan dengan lancar tanpa pernah sekali pun terhenti.
Mengapakah dia tidak pernah terfikir tentang Tuhan yang telah
menjadikannya seorang manusia yang sempurna.

“Awak percaya pada Tuhan?” dia memulangkan pertanyaan.

Aku mengangguk. Perlahan-lahan lidahku mulai bertutur dan menceritakan
tentang segala yang aku ketahui. Tentang Tuhanku. Allah Azzawajalla. Aku
telah diajar untuk mengenali Dia sejak berusia lima tahun. Kini setelah
aku dilepaskan untuk terbang jauh mencari ilmu dan pengalaman hidup di
negara orang, tidak pernah sekali pun aku goyah. Emak dan ayah telah
membimbingku agar berdiri di atas landasan yang benar. Jalan yang lurus.

Keretapi mulai bergerak perlahan. Pemandangan disekeliling
memperlihatkan kawasan perumahan dan kilang. Rumput hijau tampak jelas
dari tingkap keretapi. Keretapi akan berhenti di stesen tidak lama lagi.
Petugas keretapi mulai bergerak dari satu gerabak ke satu gerabak,
memeriksa tiket penumpang.

“Anda berdua mahu ke Lugano? Sila turun di stesen Bellinzona. Tukar
keretapi ke Lugano,” katanya mengingatkan kami sebelum dia beredar.

“Nampaknya kita sudah hampir sampai ke Lugano,” kata Paul sambil tersenyum.

“Ya,” kataku sepatah dan kami sama-sama turun dari keretapi.

Berdiri di flatform, menanti keretapi untuk ke Lugano aku tidak lepas
dari memandang Paul. Aku cuba meneka pekerjaan lelaki ini. Dia
berpakaian ringkas sahaja, t.shit lengan panjang di bawah jaket kulit.
Jari-jarinya nampak lurus dan panjang dengan kuku yang bersih. Kini dia
memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket, sambil berjalan
mundar-mandir untuk memanaskan badan.

Aku berdiri di satu sudut, sambil memerhati beberapa orang lelaki yang
turut menunggu keretapi. Mungkin mereka juga ingin ke Lugano seperti
kami. Di stesen kecil itu terdapat sebuah kedai 24, seperti seven-eleven
di Malaysia, sebuah cafe kecil yang menjual kek dan minuman serta
pejabat stesen keretapi.

Udara begitu dingin, walaupun waktu sudah melewati jam dua petang. Aku
termenung panjang sambil mata memerhati jauh ke arah landasan yang
kosong. Sesekali mataku enggan lari dari sisi Paul. Kulihat dia sedang
merenungku dari jauh sambil menghadiahkan secebis senyuman.

Sebuah keretapi datang, berhenti dengan genitnya di stesen kecil itu.
Semua yang berada di flatform naik dan memasuki gerabak masing-masing.
Bagaikan masih tidak dapat dipercayai aku tetap berkongsi kerusi dengan
Paul.

Dia duduk di sisiku sambil tersenyum.

“Sebenarnya saya tak pernah katakan ini pada seorang wanita pun. Entah
mengapa saya harus katakan ini pada awak. Walaupun saya tak tahu nama
awak, tapi saya amat tertarik pada awak. Awak seorang wanita yang
berpendirian teguh, memiliki agama dan cantik.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience