BAB 6

Adventure Completed 394

“Marini. Namaku Marini,” beritahuku bersama senyuman pendek.

Tidak berselindung langsung. Pantas sahaja aku menyebut namaku tanpa
ragu-ragu.

“Marini... nama yang saya tak pernah dengar. Tapi sedap... ya, nama awak
sedap.”

Aku tertawa kecil mendengar pujiannya itu. Kelajuan keretapi mulai
menurun hingga akhirnya ia benar-benar berhenti. Terlihat tulisan besar
di stesen. Lugano. Kami sudah sampai di Lugano. Cuaca di luar lembab,
hujan sedang turun. Kami sama-sama bergerak turun dari gerabak keretapi.
Semasa aku sedang memijak tangga keretapi, Paul menghulur tangannya.

Aku menyambut tangan Paul dan dia membantu aku turun ke flatform.
Pertama kali, aku membenarkan tanganku dipegang lelaki asing. Walaupun
aku memakai sarung tangan, tapi aku tetap terasa getaran yang menggegar
jantungku. Paul memandangku, tepat ke dalam bola mataku yang coklat
kehitaman. Pandangannya menggetarkan, jantungku bagaikan gugur.

“Bagaimana saya dapat menghubungi awak, Marini?” dia bertanya lunak.

Aku berfikir sejenak, kemudian memberikan nombor telefon butik tempat
kerjaku di Geneva. Tidak berani memberikan nombor telefon rumah Abang
Rahmat. Aku harus berhati-hati jua dengan lelaki yang satu itu biarpun
sukar dinafikan hatiku berdebar-debar. Dia tersenyum kala melihat
telapak tangannya yang tertulis dengan nombor telefon butik tempat
kerjaku. Dia melambai galak dan kami berpisah di situ.

Aku mengeluarkan handphone dan menghubungi Carmen. Carmen meminta aku
menunggu di stesen keretapi. Dia akan datang menjemputku. Sebuah kereta
jaguar tiba tidak lama kemudian menjemputku di stesen. Di dalamnya
Carmen tersenyum ramah menyambutku.

“Benvenuto mio caro amico.” Carmen mengalu-alukan kedatanganku.

“Grazie, Carmen.”

“E 'stato un lungo periodo di tempo dopo il nostro ultimo incontro
abbiamo,” (Agak lama juga kita tak berjumpa.) kata Carmen.

“Sì, tre mesi,” (Ya, tiga bulan) balasku.

Kereta terus dipandu laju menghala ke rumah Carmen. Malam ini aku akan
tidur di rumah Carmen. Awal pagi esok aku akan ke Foxtown untuk shopping
sebelum pulang ke Geneva.

Selepas makan malam, aku menunjukkan pada Carmen design yang telah aku
lukis. Dia tertarik dengan gaya dan style fesyen yang aku lakar. Aku
cuba memperkenalkan kepadanya gaya busana yang tidak terlalu menjolok
mata, sopan dipakaididalam apa jua majlis. Aku turut melukis corak
batik. Ternyata Carmen tertarik dengan hasil lakaranku itu. Aku turut
tunjukkan kepadanya sehelai songket milik emakku. Dia amat tertarik pada
corak dan kain songket yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Kami berbual tentang fesyen dan rancangan masa hadapan. Dia mahu
mengajak aku bekerja di butik yang akan dibuka di Paris. Kami berbual di
anjung mansion milik suami Carmen hingga larut malam. Beberapa kali aku
menguap, tetapi Carmen masih gagah bercerita tentang rancangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience