BAB 2

Adventure Completed 394

Wajah lelaki itu serius. Memang kebanyakan lelaki Jerman yang aku temui
berwajah seperti dia. Dingin. Mereka mungkin juga seperti aku, sedikit
prejudis pada bangsa asing. Agh! Bukan sedikit tetapi sebenarnya
banyak... sarat dengan sikap prejudis. Lebih-lebih lagi kalau wanita itu
wanita Asia yang bertudung seperti aku!

“Kau ni memang suka merenung orang ke?” dia bertanya dalam bahasa
Inggeris. Dari dialek percakapannya itu aku yakin dia bukan orang
Eropah. Mungkin Amerika.

Aku tersentak. Tersedar sesuatu. Aku telah merenungnya dalam waktu yang
agak panjang. Aku lihat dia masih memegang separuh dari roti baguette.
Roti yang berkulit keras di luar dan lembut di bahagian dalamnya.
Terkadang aku terfikir, lelaki itu mungkin bagaikan rotibaguette yang
sedang dipeluknya itu. Keras di luar tetapi lembut di dalam. Aku
terfikir lagi, bukankah roti itu lebih sedap kalau dicecah dengan sup
cendawan panas dan dimakan di musim dingin.

“Oh... err, maaf. Saya tak bermaksud untuk merenung awak,” jawabku
dengan nada sopan.

Bibir tipisnya yang kemerahan mengukir senyum pendek.

“Tak apalah,” katanya dengan suara rendah.

“Awak cakap sesuatu pada saya tadi semasa awak pijak kasut saya tadi.
Apakah itu?”

“Ohhh... awak bukan orang tempatan?” Aku bertanya dengan nada sedikit kagum.

Dia menggeleng.

“Saya dari Amerika. Nama saya Paul,” beritahunya sambil menghulur tangan.

“Datang ke Switzerland untuk melancong. Baru tiga hari sampai di sini.”

Aku mengangguk. Tanpa memperkenalkan diri, aku bertanya; “Melancong
seorang diri?”

“Ya. Sendiri. Tak banyak masalah kalau seorang diri.”

“Awak tak jemu tak ada teman bicara?” aku bertanya lagi.

“Hei, saya boleh dapat teman bila-bila masa, di mana saja,” balasnya.

Aku hanya menjungkitkan bahu. Perlahan-lahan menyandarkan badanku pada
kusyen keretapi yang empuk. Mataku memandang malas ke luar tingkap
keretapi yang sedang meluncur laju.

“Lugano, jauh dari sini kan? Awak pernah ke Lugano sebelum ini?” dia
bertanya padaku.

Aku menoleh sejenak. Dia telah meletakkan rotinya di atas meja. Ahhh...
bukankah benar telahanku. Dia seorang yang peramah.

“Ya,” balasku sepatah.

“Selalu?” soalnya lagi.

Aku menggeleng.

“Bukan selalu. Tapi saya pernah dua tiga kali ke sana kerana urusan kerja.”

“Saya dengar di sana, banyak kilang-kilang besar dan peluang pekerjaan.
Awak ke sana atas urusan bisness apa?” soalnya lagi.

Aku mengerut dahi. Rasa tidak senang mendengar pertanyaannya itu.

“Saya...” kataku sambil menggantungkan kata-kataku di udara, bagaikan
mencari ruang untuk menarik nafas dan menghembuskannya semula.

“Saya mahu jumpa seorang kawan di Lugano. Kemudian shopping di Foxtown.
Barang-barang di sana lebih murah kalau dibandingkan di Geneva,” aku
cuba bersuara setenang mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience