Kenangan membuatkan sesuatu itu diingati
Mungkin saja sesuatu yang menarik ataupun sedih
Jika diingati itulah kenangan
Jika dibenci itu juga kenangan
Mampukah kenangan itu sentiasa ada
Sedangkan manusia adalah pelupa
Ingin saja aku merakam segala-galanya
Agar tidak pernah seorang pun akan aku lupa
Tapi segalanya adalah mustahil
Akan aku cuba mengingati
Supaya aku tidak melupakan mereka
Kenangan buruk atau pahit
Jangan dikhuatiri kerana itu mengajar seseorang
Menjadi lebih matang
Begitu juga aku
Manusia matang melalui setiap dugaan
Berilah peluang untuk aku melakar kenangan dijiwaku
Agar aku tidak terlupa mengucapkan
Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada kenanganku….
Terima kasih sudi baca karya saya.
Share this novel