Aku tertanya-tanya kenapa disetiap langkahku selalu sahaja ada rintangan?
Mungkin ini liku-liki kehidupan yang dijanjikan Tuhan dalam hidup aku?
Tapi mengapa disetiap lencongan, selalu sahaja aku dipertemukan oleh mereka yang sentiasa tidak senang dengan tingkahku?
Adakah mereka cemburu dengan apa yang aku miliki?
Tapi kenapa?
Bukankah setiap manusia itu dianugerahkan kelebihan dan kekurangan masing-masing?
Ya!
Mungkin benar, mereka juga mereka cemburu kerana mereka tidak punya apa yang aku ada!
Sama juga dengan diriku.
Aku juga cemburu kerana aku tidak punya apa yang mereka ada!
Aku juga punya kekurangan diri.
Aku juga punya kelebihan diri.
Manusia itu sifatnya tamak!
Tamak untuk memiliki segala-galanya yang ada dimuka bumi ini!
Kamu setuju?
05 Julai 2012
11.36 malam
Terima kasih sudi baca karya saya.
Share this novel