Hujan
Aku kedinginan melewati kembali lorong-lorong memori
Aku kebasahan melangkah dari satu kenangan ke satu kenangan
Hujan
Basuhkanlah luka dihati ini dengan penuh kasih
Agar aku tak akan disakiti lagi
Masa
Kau ada sehebat-hebat hakim di dunia ini
Kau juga pernah menjadi musuhku suatu ketika dulu
Kerana apa?
Kerana kau terlalu lambat datang untuk aku berubah
Masa
Maafkan aku yang tak pernah berterima kasih dengan mu
Aku hanya pentingkan diriku sendiri
Aku hanya berusaha untuk mengejarmu
Bukan untuk memanfaatkan masa-masa ku bersamamu
Hati
Kau harus tegar menempuh ranjau ini
Kau harus kental menerima setiap kesakitan ini
Biar luka berdarah
Biar kau pedih menyakiti
Kerna percayalah
Dia takkan berterusan memberi hujan padamu
Pelangi pasti akan muncul
Hanya selepas kau berjaya melepaskan masa lalumu.
Terima kasih sudi baca karya saya.
Share this novel