Rinduku umpama sedingin hujan
Kasihku umpama sehangat sang suria
Entah kenapa kini
Hatiku bagaikan batu
Kau hadir dalam diriku
Tanpa perlu aku menjemput
Lalu kau tinggalkan aku
Tanpa aku benarkan
Kini…aku keseorangan
Kerana kau…
Hatiku bagaikan tiada pintu
Kerana tidak mungkin akan ada
Yang mengetuknya
Kerana…
Kuncinya telah kau buangkan
Jauh ke dasar lautan kekecewaanku
Semuanya adalah kerana
Kau, seseorang yang ku panggil
LELAKI…
Terima kasih sudi baca karya saya.
Share this novel