Berada dalam kesibukan yang dibuat-buat
Memberi impak yang berlainan
Mengapa harus aku berpura-pura?
Sedangkan itu yang aku inginkan.
Salahkah aku untuk tersenyum bahagia
Salahkah kalau aku cuba membahagiakan mereka?
Tapi mengapa harus aku sahaja?
Mengapa tidak mereka turut serta?
Hati
Kerana hati kita berlainan
Bahkan seluruh saraf di dalam badan
Menyebut namamu
Adakah dia juga begitu?
Bagaimana harus aku mengetahui kebenarannya?
Bagaimana harus aku selongkarkan sangkar hatinya?
Aku inginkan sebuah kepastian
Kepastiannya bahawa dia juga mencintaiku
Dia juga menyayangiku
Sebagaimana aku juga begitu.
Terima kasih sudi baca karya saya.
Share this novel