SOAL JODOH

Poetry Completed 1905

Aku bingung setiap kali orang menanyakan soal jodoh.
Aku juga bingung untuk menjawabnya.
Apa sebuah perkahwinan itu pengakhiran sebuah kehidupan?
Atau andai aku berkahwin, bahagia itu akan pasti menjadi milik aku?
Bukan ke perkahwinan itu suatu perjudian?
Jangan kata setahun kemudian, esoknya selepas nikah pun belum tentu bahagia itu akan aku dakap.
Jadi buat apa aku memilih suatu keputusan yang tak pasti?
Ada yang bisa berikan aku satu kata pasti bahawa setiap yang berkahwin itu pasti akan bahagia sehingga habis nyawa?
Ada yang bisa berikan aku jawapannya?
Entah kamu itu yang sudah berkahwin, sudah beranak pinak juga belum tentu tahu apa maknanya bahagia.
Aku bukan mengatamu.
Aku hanya bukan manusia yang bertuah buat masa ini.
Tidak bertuah kerana belum ketemu jodoh.
Tapi aku bertuah kerana aku tahu, jodoh itu akan tiba bila aku sudah bersedia.
Pasti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience