BAB 5

Mystery & Detective Completed 5466

“Akhbar poyo. Akhbar suka makan kaki tapir. Akhbar suka berjudi. Akhbar gila. Akhbar buruk. Akhbar bajet kacak. Akhbar nak mati. Weh siapa conteng buku kau ni, gila kasar bahasa,” soal Mika sambil menolak lengan Akhbar.

“Siapa lagi kalau bukan si Jedon tu, suka sangat mengusik aku,” Akhbar pamerkan muka marah.

“Ala dia gurau dengan adik dia lah tu, abang kau ni macam budak-budak la,” Mika kembali fokus pada kuliah pada hari itu, seperti biasa dia akan pulang berjalan kaki, dari jauh dia dapat lihat Akhbar menjerit sambil terduduk di padang bola milik kolej mereka itu. Mika terus berlari mendapatkan Akhbar.

“Asal kau ni?,” soal Mika hairan.

“Jedon kemalangan,” Akhbar menangis teresak-esak.

“Kemalangan? Teruk ke?,” soal Mika lagi.

“Aku tak tahu tapi dia di masukkan ke ICU, aku nak pergi tengok dia,” Akhbar terus berlari menuju ke keretanya.

“Aku temankan kau,” Mika terus duduk di tempat penumpang, gusar juga dia melihat Akhbar memandu seorang diri dengan emosinya yang tidak stabil itu. Sampai saja di hospital mereka terus ke wad kecemasan, Mika duduk di ruang menunggu dia melihat Akhbar di marahi oleh jururawat yang menjaga kaunter pendaftaran itu. Mika datang menghampiri Akhbar setelah Akhbar dengan jururawat itu hampir bertekak.

“Asal Akhbar?,” soal Mika hairan.

“Nurse ni tak bagi aku jumpa Jedon, berlagak gila baru jadi nurse dah kurang ajar,” marah sekali Akhbar apabila di tengking jururawat itu sebentar tadi.

“Aku takde masa nak layan orang gila macam kau ni. Ish serabut!,” jururawat wanita terus meninggikan suara, Mika mula berang.

“Kak, kalau pun serabut pasal kerja attitude tu jaga sikit,” Mika cuba pertahankan Akhbar.

“Dah la Mika, jom la balik. Kalau aku jerit pun dekat sini dorang still tak bagi aku tengok Jedon, esok aku datang balik,” Akhbar terus beredar sambil diikuti Mika, jururawat tadi hanya menggelengkan kepalanya saja. Mereka berdua terus pulang ke bilik masing-masing. Malam itu seperti biasa Mika keluar makan bersama rakan-rakannya, pulang saja ke kolej dia lihat jam menunjukkan pukul 11 malam. Mika melewati bilik gym yang kosong itu, gelap sungguh memandangkan gym hanya di buka sampai 10 malam, tidak lama kemudian dia terlihat kelibat lelaki berdiri tidak jauh darinya sambil memegang penukul, Mika menghampiri lelaki itu, dia terlihat tubuhnya seakan Akhbar.

“Akhbar, kau buat apa ni?,” soal Mika selamba walaupun dia tak pasti yang itu Akhbar. Namun tiada reaksi, lelaki itu terus berlari ke arah Mika dan berada dalam posisi sedia untuk memukul Mika dengan penukul itu, Mika yang baru menyedari dirinya itu mahu di pukul terus berlari naik ke kolej, kemudian dia terus ke bilik televisyen, memandangkan ramai orang di sini mana mungkin lelaki itu boleh memukulnya, selang beberapa minit kemudian Akhbar balik ke bilik, dia terus menuju ke bilik air dan terserempak dengan Akhbar.

“Hei Mika, lambat kau balik harini?,” soal Akhbar seperti tiada apa yang berlaku.

“Kau dah ada dalam bilik air berapa lama?,” soal Mika gugup.

“Apa punya soalan la kau ni,” Akhbar ketawa kecil.

“Tadi kau ada turun bawah?,” soal Mika lagi.

“Turun? Takde pun, dari tadi aku kat bilik,” balas Akhbar, Mika yakin yang Akhbar tidak menipu.

“Takde, tadi ada orang nak pukul aku, serius weh badan dia macam kau,” Mika mula buka cerita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience