BAB 3

Mystery & Detective Completed 5466

“Takde orang pun. Kau cakap dengan hantu ke apa?,” soal Mika lagi, kali ini dia kerutkan dahi.

“Jedon baru je pergi memang la kau tak nampak,” Akhbar simpan earphone nya dalam beg yang di galas.

“Oh patutlah, eh kejap macam mana kau boleh sampai dulu dari aku? Aku tak nampak langsung bas lalu pun, kalau jalan kaki mesti kau dah basah kuyup. Terbang ke apa?,” Mika cuba melawak, tapi seperti tidak sampai kerana Akhbar pamer muka tiada reaksi.

“Jedon hantar aku naik kereta tadi, aku nampak kau tapi malas lah nak tegur, khusyuk sangat pandang jalan,” Akhbar senyum sedikit.

“Kau perli aku kan, bilik kau tingkat berapa?,” soal Mika sambil mengemaskan lipatan payungnya.

“302. Bilik paling buruk dekat kolej ni,” Akhbar terus beredar sambil diikuti Mika.

“302? Hmmm hoi tu bilik aku la, main-main kau kan,” Mika tinggikan suara.

“Bilik aku 301 la, sebelah kau je,” balas Akhbar sambil senyum.

“Serius la? Kenapa aku tak pernah nampak kau selama ni?,” Mika kerutkan dahi lagi.

“Mana la aku tahu. Kalau tak percaya jom ikut aku,” Mika terus ikut Akhbar, memang benar bilik mereka bersebelahan mungkin Mika jenis yang tidak memandang kiri kana dan terus saja menuju tangga apabila ke kelas. Selesai saja membuat lawatan 5 minit itu, Mika terus pulang ke biliknya, berehat dan terus tertidur. Tidak lama kemudian, dia terdengar bunyi ketukan kuat dari bilik sebelah berulang kali, bilik Akhbar. Mika terus ke bilik Akhbar dan ketuk pintunya namun tidak berbalas, dia terus pulang ke biliknya dan fikirannya mula menjalankan aktiviti negative iaitu memikirkan sebarang kebarangkalian negative berkaitan perkara yang baru saja berlaku tadi.

“Sekarang tengah maghrib, hmmm tidur lagi sampai maghrib kan dah kena kacau!,” Mika terus bangun dan menuju ke tandas untuk mengambil wudu’, pulang saja dari tandas dia terserempak dengan Akhbar yang berpakaian lengkap sukan, makin tak keruan perasaan Mika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience