BAB 6

Mystery & Detective Completed 5466

“Dengan penukul?,” Akhbar senyum sedikit.

“Ha’ah,” balas Mika laju.

“Aishh Jedon ni, kurang ajar betul. Saja nak burukkan nama aku la tu,” Akhbar terus berkata sendirian.

“Jedon?,” soal Mika hairan.

“Ha’ah, yang kau nampak tadi dengan penukul tu Jedon, muka kitorang lain tapi bentuk badan lebih kurang sama, dia memang suka mengacau orang. Kau tanya je la budak-budak kolej ni semua kenal siapa Jedon, kerja dia memang suka mengacau orang malam-malam buta macam ni,” Akhbar mengelap rambutnya kasar dengan tuala.

“Fuh! Aku fikir ada orang nak bunuh aku tadi. Tak guna betul abang kau ni,” Mika terus membasuh muka dan pulang semula ke biliknya dan meninggalkan Akhbar.

Pagi itu seperti biasa Mika berjalan ke kelas, niatnya habis saja kelas dia mahu ke Giant untuk membeli belah barang-barang keperluannya, memandangkan hari ini kelas hanya ada satu waktu. Akhbar menunggu bas, tidak lama kemudian Akhbar melambainya dari jauh.

“Nak pergi mana? Kau bukan suka berjalan ke?,” soal Akhbar.

“Aku nak pergi keluar kejap, nak pergi giant,” balas Mika ringkas.

“Nak aku temankan?,” pelawa Akhbar sambil mengangkat-angkat keningnya.

“Kalau kau nak teman boleh je,” Mika senyum kerana jarang sekali ada orang menemaninya kalau mahu keluar, bukan sebab tiada siapa sudi tetapi kerana dia lebih suka berjalan seorang, masakan dia mahu menolak pelawaan Akhbar, dia baru saja mahu berkawan rapat dengan Akhbar jadinya dia tidak mahu sesekali rosakkan persahabatan yang baru terjalin ini.

Sampai saja bas menuju ke Giant, mereka perlu menunjukkan kad pelajar. Akhbar yang berada di depan terus mengeluarkan kad pelajarnya tapi malang sekali barang-barang di dalam begnya jatuh berselerakan di tangga bas itu, Mika menolong Akhbar mengutip barang-barang yang terjatuh kemudian dia ternampak 3 lagi kad pelajar yang tertera nama Akhbar. Hairan juga dia, mengapa baru tahun pertama sudah banyak kad pelajar yang Akhbar miliki. Mika cuma membiarkan saja kad itu di kutip Akhbar kemudian mereka terus ke Giant dan membeli belah, sedang Akhbar sibuk memilih keropok, tiba-tiba dia terus mengangkat telefon bimbitnya, dahi Mika berkerut seribu, dia langsung tidak mendengar sebarang deringan telefon bimbit, mahu katakan yang dia pekak, tidak mungkin baru saja semalam dia mengorek telinganya itu. Habis saja bercakap, Mika terus menghampiri Akhbar.

“Siapa call kau?,” soal Mika hairan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience