BAB 12

Mystery & Detective Completed 5466

“Siapa hantar kau Akhbar? Jedon?,” soal Mika sambil senyum sedikit.

“Ha’ah,” balas Akhbar ringkas. Mika terus beredar dan senyum, kali ini dia tidak gentar lagi dan dia langsung tiada niat mahu menjauhi Akhbar, baginya tindakan orang lain yang menjauhkan diri dari Akhbar adalah suatu tindakan yang tidak wajar dibuat, orang seperti Akhbar tidak boleh di biarkan selalu bersendirian, dia perlukan teman supaya dia boleh melupakan kawan imaginasinya itu.

“Mika! Jedon kirim salam!,” jerit Akhbar setelah dia lihat Mika sudahpun jauh berjalan darinya, Mika cuma angkat tangan dan berlalu pergi.

“Wa’alaikumussalam Jedon,” Mika terus menuju ke pejabat pengurusan kolej mereka untuk membuat penukaran bilik, dia mahu tinggal bersama Akhbar dan berusaha selagi boleh untuk buat apa yang termampu supaya Akhbar kembali seperti orang biasa. Selama mana tuhan mengizinkan kudratnya, selagi itulah dia akan berusaha untuk memulihkan Akhbar semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience