BAB 8

Mystery & Detective Completed 5466

“Boleh,” Akhbar terus memberi nombor Jedon kepada Mika, kemudian dia berlalu pergi.

Malam itu terasa seram sekali, sesuatu yang amat seram bagi Mika kerana dia akan menelefon nombor yang baru saja di beri oleh Akhbar itu. Mika intip Akhbar sambil membuka pintu biliknya sedikit, Akhbar keluar ke bilik air untuk mandi. Mika terus menegur Akhbar.

“Jedon mana Akhbar?,” soal Mika pura-pura.

“Jedon? Dia ada dekat kolej dia la,” jawab Akhbar sambil membetulkan tualanya.

“Dia tak tidur bilik kau ke?,” soal Mika lagi.

“Hmm tak. Dia kata malam ni ada group discussion. Aku pergi mandi dulu la Mika,” Akhbar terus masuk ke bilik air. Mika terus berdiri betul-betul depan bilik Akhbar, dia menelefon nombor Jedon yang baru saja di beri Mika, jantungnya berdegup kencang tatkala bunyi deringan telefon Akhbar berbunyi, Mika cuba memulas tombol pintu bilik Akhbar, pintu terbuka dan dia terus masuk ke dalam bilik Akhbar. Gelap gelita, hanya lampu handphone saja yang menyala itupun setelah Mika menelefon Akhbar.

Mika mematikan telefon, kemudian dia menghalakan lampu handphone nya ke seluruh bilik Akhbar, terdapat banyak paku mungkin paku inilah yang membuatkan setiap maghrib terhasilnya bunyi ketukan. Kemudian, Mika dapat lihat sekotak rokok, hanya sebatang saja terusik itupun hanya separuh saja yang di hisap, kalau benar Jedon hisap rokok mesti sudah habis sekotak rokok ini, fikir Mika. Tiba-tiba pintu di buka, Mika cepat-cepat menyorok di balik langsir, mujur bilik Akhbar gelap gelita, kalau tidak sudah pasti Akhbar dapat menangkapnya curi-curi masuk ke dalam bilik.

“Tak kunci? Lupa la ni. weh Jedon, kau kata ada group discussion, asal kau ada kat bilik aku pulak ni?,” Akhbar bersuara, Mika telan kelat air liurnya, hanya Allah saja tahu betapa lajunya degupan jantung Mika ketika itu.

“Kalau kau nak mintak rokok, kau beli sendiri aku tak keluar malam ni. Mika ada call kau tak? Sebab tadi dia mintak nombor kau,” Akhbar bersuara lagi, makin terkejut Mika apabila namanya di sebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience