BAB 4

Mystery & Detective Completed 5466

“Akhbar!,” Mika panggil Akhbar sambil melambaikan tangan, Akhbar terus buka earphone nya dan menghulurkan senyuman.

“Kenapa?,” soal Akhbar sambil mengangkat-angkat keningnya.

“Hmm kau baru balik jogging ke? Dari pukul berapa?,” soal Mika agak gugup, memandangkan di kolej itu, satu bilik di peruntukan untuk seorang. Jika bukan Mika di dalam jadi siapa pula yang mengetuk-ngetuk dinding sebentar tadi.

“Ha’ah. Dari pukul 6 tadi. Asal pucat semacam muka kau ni?,” soal Akhbar lagi.

“Hmmm tadi aku dengar ada bunyi ketuk-ketuk dari bilik kau, aku ingat kau tengah ketuk paku ke, bila aku ketuk takde siapa bukak pintu, lepastu sekarang aku jumpa kau. Gila tak pucat muka aku, siapa pulak yang ketuk?,” Mika terus membulatkan matanya, kemudian dia pandang pintu bilik Akhbar.

“Hmm kalau bukan aku, hantu lah tu yang ketuk,” Akhbar ketawa kecil.

“Hoi, kau jangan main-main. Dah la aku tinggal sorang ni,” Mika terus pukul bahu Akhbar perlahan.

“Habis tu aku ni apa pulak? Dah la bunyi tu dari bilik aku,” Akhbar terus mengelap sisa peluhnya itu.

“Dah la tidur bilik aku je la,” pelawa Mika yang sudahpun bersedia membuka pintu biliknya itu.

“Hahahaha, rileks la, dalam bilik aku tu ada Jedon la. Dia memang suka ketuk paku, nak sidai baju dalam bilik aku la tu. Anak jantan mana boleh takut bro,” Akhbar terus beredar dan terus masuk ke biliknya, Mika pula terus ketawa seorang memandangkan dia baru saja di tipu bulat-bulat oleh abang Akhbar.

Pagi itu seperti biasa mereka semua menjalani rutin harian seorang pelajar, mendengar kuliah dan kuliah dan kuliah sehingga ke waktu terakhir. Mika datang agak lewat kerana dia terlajak tidur, masuk saja kelas Mika terus duduk di sebelah Akhbar, biasanya dia akan duduk di depan bersama pelajar lelaki yang lain, tapi kali ini kerana terlambat dia duduk di belakang, banyak kali juga Mika mengajak Akhbar untuk duduk di depan, tetapi di tolak mentah-mentah oleh Akhbar, katanya duduk belakang boleh dengar lagu. Hairan juga Mika kerana pensyarah langsung tidak memarahi Akhbar yang mendengar lagu sewaktu sesi kuliah di jalankan. Mika khusyuk mendengar apa yang di sampaikan pensyarah, sampai satu tahap dia terpandang buku Akhbar yang banyak contengan. Mika terus mengambil buku Akhbar dan membaca contengan itu satu persatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience