BAB 11

Mystery & Detective Completed 5466

“Laaa mati-mati aku ingat ada hantu ke apa,” Mika menarik nafas lega kemudian dia pulang ke biliknya dan terus lena di ulit mimpi.

Pagi itu Mika terus ke hospital tempat Jedon di masukkan ke wad kecemasan. Mika terus menuju ke jururawat yang bertugas sama pada hari itu.

“Kak, saya nak tanya sikit. Akak ingat tak beberapa hari lepas, ada budak nama Akhbar yang datang sini dan nak jumpa dengan Jedon?,” soal Mika sambil mengerutkan dahinya, seakan mahu mendapat jawapan secepatnya.

“Oh budak gila tu. Akak ingat lagi, kenapa?,” soal jururawat itu dengan muka bengisnya.

“Sebenarnya akak marah dia sebab apa eh?,” soal Mika lagi, kali ini dia bernada lembut sedikit setelah melihat kebengisan muka jururawat itu.

“Akak marah dia sebab, mana ada orang nama Jedon masuk ICU, lepas akak bagitahu dia takde nama Jedon yang masuk tiba-tiba dia nak marah akak, akak pun apa lagi marahlah dia balik,” ujar jururawat itu sambil mengerutkan dahinya. Mika terus beredar setelah mengucapkan terima kasih kepada jururawat itu.

“Hmmm memang betul kata Labu dengan Hisyam, dia memang ada masalah mental, maksudnya yang aku nampak dekat gym tu bukan Jedon tapi Akhbar sendiri, termasuk sekali yang ketuk dinding tiap maghrib tu, kesian kau Akhbar,” Mika berbisik sendiri ketika sedang menunggu bas untuk pulang ke kolej. Tak lama kemudian, hujan turun. Dia lihat Akhbar sedang menunggu dalam keresahan, Mika menghampirinya.

“Nak payung?,” tegur Mika sambil menghulurkan payung. Sampai saja di bas, Akhbar terus menuju ke tempat duduk menunggu bas.

“Kenapa kau tak naik?,” soal Mika, namun kali ini dia tidak hairan kerana dia tahu jawapannya.

“Ada Jedon dalam bas tu, menyampah aku tengok dia. Aku rela naik bas lain,” Mika terus pandang bas yang kosong itu, lalu dia terus pergi berjalan kaki tak lama kemudian, ada sebuah kereta melintas di tepinya, Mika dapat lihat Akhbar sedang memandu kereta itu. Sampai saja di kolej, Mika terus menghampiri Akhbar yang sedang bercakap dengan sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience